{{ product.aboPriceValue | formattedPrice }} Harga ABO/APC
Harga Runcit: {{ product.retailPrice | formattedPrice }}GAMBARAN KESELURUHAN PRODUK
Acara & Promosi
Soalan Lazim
ARTISTRY Men direka untuk bertindak ke atas semua jenis kulit.
Ujian klinikal pihak ketiga telah dijalankan untuk menyokong semua dakwaan keberkesanan dan keselamatan.
Berapa lamakah setiap prKadar penggunaan bergantung kepada purata jumlah penggunaan. Kadar jangkaan penggunaan produk ARTISTRY Men ialah lebih kurang enam hingga lapan minggu.oduk ARTISTRY Men tahan semasa digunakan?
Tiada bahan diluluskan NUTRILTE dalam ARTISTRY Men.
Produk ARTISTRY Men tidak disasarkan secara langsung kepada mereka yang berkulit sensitif, tiada bukti reaksi alahan atau kerengsaan ekstrem dalam kajian klinikal.
Bungkusan yang belum dibuka mempunyai jangka hayat selama tiga tahun. Sebaik sahaja dibuka, ia hendaklah digunakan dalam masa 12 bulan.
Ya, semua produk mempunyai rumusan unik yang direka khas untuk kulit lelaki. Secara umumnya, rumusan tersebut adalah ringan dan meresap lebih cepat. Pembersih muka memberikan rasa lebih bersih daripada kebanyakan pembersih ARTISTRY lain.
Rambut tumbuh ke dalam berlaku apabila rambut bergulung semula atau tumbuh di sisi ke dalam kulit. Mencukur (dan melilin) adalah penyebab utama kerana hujung rambut dipotong secara tidak sekata, biasanya separas dengan permukaan kulit dan ia ditolak ke bawah permukaan kulit. Pencegahan bermula dengan mengelakkan pencukuran terlalu rapat, ini termasuk menghidratkan janggut dengan baik, melincirkan permukaan kulit dan mencukur mengikut arah rambut tumbuh. Kulit yang cenderung kepada rambut tumbuh ke dalam hendaklah kerap dikelupaskan yang akan membantu membebaskan rambut yang terperangkap Penggelupas, Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY adalah pilihan yang baik.
Bintik hitam dan liang yang jelas adalah simptom penghasilan minyak berlebihan. Pengelupasan boleh membantu membersihkan liang tersumbat dan mengurangkan pengumpulan yang boleh muncul sebagai bintik hitam. Pelicin Kulit Termaju Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY akan membantu menghaluskan permukaan kulit dan juga membantu mengurangkan penampilan liang dengan serta-merta dan lama kelamaan.
Kulit lelaki secara biologi berbeza daripda kulit wanita. Tahap testosteron yang lebih tinggi dan tekanan pencukuran setiap hari menjadikan kulit lebih mudah mengalami masalah. Disebabkan kehadiran Testosteron, lelaki menghasilkan tahap sebum yang tinggi iaitu kulit berminyak dan berkilat adalah kebimbangan utama. Secara purata, lelaki akan menghasilkan empat kali lebih banyak sebum daripada wanita. Pembasuh muka pH lebih tinggi membenarkan pembersihan kulit yang lebih teliti untuk menanggalkan minyak berlebihan dan kotoran.
Gentle Face Wash mengandungi Kompleks DermaSync, selain melembapkan, ia menghidratkan kulit semasa pembersihan. Di samping itu, rumusan mengandungi kompleks Aloe dan Shiso dipatenkan yang meminimumkan kerengsaan kulit oleh agen pembersihan. Memandangkan Gentle Face Wash ialah produk bilas, kesan pH adalah minimum.
Kerengsaan kulit adalah kesan terakhir dalam proses yang dipangggil keradangan. Keradangan adalah tindak balas kulit kepada pendedahan bahan yang boleh membahayakan. Surfaktan adalah bahan yang membersihkan kulit dan penting untuk gaya hidup sihat. Dalam proses pembersihan, ia melarut dan mengemulsikan kotoran dan minyak dengan membasuhnya. Satu cara mengurangkan tindak balas ini ialah dengan menggunakan produk yang membersihkan kulit tetapi sangat lembut untuk meminimumkan tindak balas ini.
Inilah yang dilakukan dengan menambah kompleks Shiso-Aloe yang dipatenkan. Reaksi pertama kulit dalam lata keradangan ialah rembesan molekul pemberi isyarat iaitu Interleukin 1a. Molekul IL-1a memberi isyarat kepada sel bahawa permukaan kulit terdedah kepada bahan merengsakan. Penambahan kompleks merendahkan gerak balas IL-1a sel kulit kepada kerengsaan.
Dalam ujian makmal, kompleks Shiso dan Aloe menunjukkan pengurangan gerak balas IL-1a. Penambahan kompleks kepada ARTISTRY Men Gentle Face Wash menjadikan produk ini kurang merengsakan dan lembut kepada kulit.
Untuk menangani keperluan unik kulit lelaki, saintis ARTISTRY membangunkan kemajuan baru dalam teknologi pembersihan yang memberikan lelaki yang terbaik dalam buih, kelembutan dan rasa selepas pada kulit. Teknologi mengekalkan lembapan penting kulit (data klinikal menunjukkan tiada pengurangan dalam tahap pelembapan kulit selepas penggunaan) sambil memberikan busa yang banyak dan membuat kulit bersih, segar dan rapi.
Pembersih mengandungi Teknologi Dipatenkan berdasarkan kesan sinergistik Esktrak Shiso dan Aloe yang membuatkan pembersih lembut pada kulit. Penambahan kompleks yang dipatenkan ini mengurangkan sebarang kebimbangan terhadap kerengsaan daripada Gentle Face Wash.
ARTISTRY Men ialah regimen penjagaan kulit yang lengkap. Sistem memberikan pelbagai faedah dan setiap produk mempunyai fungsi penting dan unik dalam sistem. Mematuhi penggunaan Gentle Face Wash dan Smooth Shave Foam, penggunaan Balancing Hydrator yang mempunyai pH hampir dengan pH kulit, membantu mengimbangkan kulit kepada pH normalnya dengan pantas yang membolehkan kulit memulihkan perintang lipid penting untuk mengekalkannya lembapan.
-
Jennifer Jones'First DITTO(20)
Created for Jennifer Jones -
Second DITTO List Name(54)
Created for Jennifer Jones -
My Other DITTO List Has a Long Name(999)
Created for Jennifer Jones