{{ product.aboPriceValue | formattedPrice }} Harga ABO/APC
Harga Runcit: {{ product.retailPrice | formattedPrice }}GAMBARAN KESELURUHAN PRODUK
Soalan Lazim
Ini membantu mengurangkan masa pendulu penambahan produk dan mengurangkan pelepasan karbon pengangkutan barangan siap sebanyak 70% - satu perkara yang selari dengan komitmen AMWAY yang sekian lama terhadap produk yang selamat dan lebih sensitif alam sekitar.
Jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan dalam kehidupan sehari-hari kita melalui pembakaran bahan api fosil seperti gas, arang batu atau minyak untuk tenaga elektrik, pemanasan dan pengangkutan akan menghasilkan karbon dioksida. Kesan semua karbon dioksida tambahan ini memasuki atmosfera lalu menyebabkan peningkatan suhu permukaan planet kita (pemanasan global).
Tidak, ini tidak akan memberi kesan terhadap formulasi atau bungkusan produk. Semua produk akan melalui tahap komitmen yang sama tentang penyumberan dan tahap prinsip kualiti dan pengeluaran yang sama seperti yang digunakan di ADA. Satu-satunya perubahan ketara ialah perubahan alamat pada label produk.
Pencuci Dapur L.O.C., Pencuci Kaca L.O.C., Pencuci Pelbagai Guna L.O.C., Pencuci Lembut L.O.C., Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS dan Detergen Cecair Cucian Pekat SA8.
Sesetengah produk seperti Penyembur Pracuci dan Penanggal Kotoran SA8, Span Keluli Tahan Karat DISH DROPS dan Penyegar Udara GREEN MEADOWS tidak mempunyai logo BIOQUEST kerana GREEN MEADOWS dan Penyembur Pracuci dan Penanggal Kotoran SA8 telah diuji sebagai "akhirnya terbiodegradasikan" (ia akhirnya terdegradasi tetapi tidak cukup pantas untuk memenuhi definisi "mudah terbiodegradasikan") yang sebenarnya. Span Keluli Tahan Karat DISH DROPS adalah keluli dan oleh itu tidak mudah terurai.
Safer Choice Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S (EPA) mempromosikan produk berprestasi tinggi yang lebih selamat untuk manusia dan alam sekitar.
Ia bermakna produk tersebut mengandungi bahan-bahan dengan lebih banyak ciri-ciri kesihatan dan alam sekitar yang positif berbanding pembersih konvensional yang mana ia lebih selamat untuk orang ramai dan planet ini serta mendukung standard yang tinggi dari aspek tanggungjawab alam sekitar yang ditetapkan.
Produk-produk di atas masih dijual tetapi bukan di bawah jenama AMWAY HOME kerana rumusannya yang sedia ada belum lagi memenuhi kriteria Formula BIOQUEST dan Safer Choice. Walau bagaimanapun, terdapat usaha R&D sedang dijalankan untuk mengkaji semula formulasinya.
Rangkaian AMWAY HOME adalah sangat pekat berbanding jenama pasar raya. Sebagai contoh:
- Hanya satu liter Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. adalah bersamaan dengan 10 liter larutan pembersihan.
- Hanya satu karton Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8 Premium 3kg adalah bersamaan dengan OMO 2X Concentrated Front Loader 11kg.
Kerana anda menggunakan sedikti sahaja untuk mencapai hasil yang sama, anda menjimatkan wang.
Keprihatinan AMWAY terhadap alam sekitar bermula lebih 50 tahun lalu. Produk kami menggunakan sehingga 18 kali kurang bungkusan berbanding pesaing dan kepekatannya yang tinggi bermakna kurang bahan buangan dilepaskan kembali ke alam sekitar.
Secara ringkasnya, rangkaian produk penjagaan barangan di rumah kami berprestasi lebih hebat berbanding pesaing. Kami memberikan kepuasan pelanggan yang tiada tandingan dan memberikan nilai sebenar untuk wang anda.
-
Jennifer Jones'First DITTO(20)
Created for Jennifer Jones -
Second DITTO List Name(54)
Created for Jennifer Jones -
My Other DITTO List Has a Long Name(999)
Created for Jennifer Jones