Diilhamkan oleh prosedur dermatologi* yang menggebu dan melicinkan kulit secara dramatik, rawatan intensif ini memberikan ketulenan dan kuasa Kompleks Vita-C kami yang eksklusif termasuk Ekstrak Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE, digabungkan dengan Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan kami yang termaju dan sangat pekat. Kandungan lembapan kulit dimaksimumkan dan sistem sokongan diperkuatkan untuk melicinkan penampilan garis ekspresi yang dalam dan mengembalikan isi padu kulit agar kelihatan segar, gebu, muda.
* Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik
READ LESS{{ product.aboPriceValue | formattedPrice }} Harga ABO/APC
Harga Runcit: {{ product.retailPrice | formattedPrice }}Soalan Lazim
Walaupun Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak bertindak benar-benar sama seperti suntikan pengisi, namun ia mempunyai banyak manfaat yang sama*. Ia mengurangkan penampilan garis ekspresi secara dramatik dan membantu mencegah penampilannya pada masa hadapan akibat serangan persekitaran. Tambahan pula, ia membantu mengekalkan kegebuan kulit anda dan memberikan penampilan yang lebih sihat, lebih muda secara keseluruhan – sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh suntikan pengisi*.
* Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik
Ada, kami memasukkan Ekstrak Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE. Ekstrak Ceri Aserola ini eksklusif kepada penjagaan kulit ARTISTRY dan mengandungi nilai antioksidan yang sangat tinggi kerana ia merupakan sumber antioksidan Vitamin C yang kaya dan semula jadi. Malah, Ceri Aserola telah ditunjukkan sebagai salah satu sumber Vitamin C semula jadi yang paling kaya, jauh lebih banyak daripada buah sitrus yang dahulunya dipuji-puji. Ceri Aserola ialah bahan yang digunakan secara bersepadu dalam produk ARTISTRY dan ditanam di ladang AMWAY yang terbesar dan mengeluarkan Ceri Aserola sepanjang tahun.
Ujian klinikal, pengguna dan in-vitro telah dilaksanakan untuk menyokong dakwaan keselamatan dan keberkesanan Rawatan Vitamin C + HA Termaju. Kajian telah dilaksanakan untuk memastikan rumusan ini diterima dengan baik, berkesan dan memenuhi jangkaan pengguna.
Walaupun Rawatan Vitamin C + Keladi telah menjadi kegemaran pelanggan dan ABO selama hampir 20 tahun, Rawatan Vitamin C + HA Termaju menggabungkan teknologi inovatif dan penemuan saintifik terkini. Rumusan baru tersebut menawarkan lebih banyak perlindungan antioksidan Vitamin C termasuk kuasa menggebu Asid Hialuronik. Inilah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan pelanggan kepada kemajuan produk yang besar.
Berikut adalah beberapa perbezaan khusus antara kedua-dua rumusan:
- Rawatan Vitamin C + HA Termaju mempunyai jumlah Vitamin C tertinggi yang pernah ditawarkan dalam produk penjagaan kulit ARTISTRY – 20% lebih banyak dalam isipadu daripada rumusan sebelum ini.
- Rawatan Vitamin C + HA Termaju memberikan perlindungan antioksidan 35% lebih banyak daripada rumusan sebelum ini.
- Rawatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi Vitamin C Tulen 100% dalam penutup pengaktifan yang inovatif – yang pertama untuk penjagaan kulit ARTISTRY.
- Rawatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan untuk mengembalikan penampilan yang gebu, penuh dan muda.
Pengguna lebih menyukai Rawatan Vitamin C + HA Termaju berbanding Rawatan Vitamin C + Keladi kerana semua ciri-ciri berikut:
- keseluruhan
- keseluruhan bekas
- penampilan bekas
- bekas yang memudahkan penggunaan
- bekas yang inovatif
- mudah mencampurkan serbuk dengan serum
- mudah menyapu
- rasa kulit secara keseluruhan
- rasa kulit secara keseluruhan semasa menyapu
- penampilan kulit secara keseluruhan
Rawatan Vitamin C + HA Termaju didaftarkan sebagai kosmetik umum dalam semua pasaran kecuali Korea. Di Korea, ia dikelaskan sebagai kosmetik fungsian.
Tidak, Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak mengandungi bahan yang diperoleh daripada haiwan.
Tidak, Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak diuji pada haiwan.
Tidak. Rawatan Vitamin C + HA Termaju telah dikekalkan kemujarabannya dengan berkesan tanpa menggunakan paraben. Ia boleh dikelaskan sebagai bebas paraben.
Tiada bahan daripada gandum atau barli dimasukkan dalam Rawatan Vitamin C + HA Termaju.
Jangka hayat produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk diaktifkan dengan menekan butang dan mencampurkan serbuk Vitamin C Tulen 100% dengan serum, kami menyarankan agar produk itu digunakan dalam masa 30 hari untuk memastikan keberkesanan penuh produk.
NOTA: Apabila rawatan yang diaktifkan menghampiri tempoh 30 hari, pelanggan mungkin melihat warna kuning mula terbentuk dalam rumusan. Ini merupakan petunjuk visual yang membantu menunjukkan produk hampir di penghujung puncak kemujarabannya. Walaupun produk kekal selamat untuk digunakan, kami sarankan agar mengaktifkan botol baru selepas 30 hari.
Sebelum dan selepas pengaktifan, Rawatan Vitamin C + HA Termaju harus disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada cahaya matahari terus.
- Jauhkan daripada haba dan cahaya: Haba dan cahaya termasuk cahaya matahari terus boleh menjadikan produk bertukar kuning lebih cepat dan bolen mempercepatkan "kehilangan kuasa" semula jadi akibat pengoksidaan dalam rumusan.
- Pertimbangkan untuk menyimpannya dalam peti sejuk: Menyimpan dalam peti sejuk tidak perlu tetapi ia membantu memperlahankan potensi penguningan dan "kehilangan kuasa".
Ya, ia serasi secara estatik. Namun begitu, apabila menambah produk kepada rutin penjagaan kulit anda, amalan yang baik ialah hanya memperkenalkan satu produk baru pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memperkenalkan sebarang produk baru yang lain. Oleh sebab rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY termasuk Rawatan Vitamin C + HA Termaju sangat berkuasa, kami sarankan agar anda menyesuaikan rutin penjagaan kulit berdasarkan sensitiviti kulit yang anda rasai sendiri.
Boleh! Rawatan Vitamin C + HA Termaju dihasilkan untuk ditambah kepada regimen ARTISTRY sedia ada anda. Gunakannya sebelum pekatan harian anda.
Pastikan anda hanya menggunakan 4-5 titik rumusan pekat ini untuk setiap sapuan. Jika anda menggunakan lebih, ia tidak akan cukup untuk 30 hari.
Rawatan Vitamin C + HA Termaju telah diuji dengan teliti ke atas kumpulan individu yang mempunyai kulit sensitif. Dalam ujian ini, tiada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan yang melampau. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa tiada program ujian yang boleh menjamin semua individu yang ingin menggunakan produk ini tidak akan mengalami tindak balas.
Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak disyorkan untuk digunakan secara langsung pada mata atau kelopak mata. Penggunaan di sekeliling kawasan mata hendaklah dihadkan kepada kedutan pada sudut mata (sudut luar mata) di sepanjang garis ekspresi. Elakkan produk daripada memasuki mata.
Sensasi berdenyut-denyut dan kemerahan memang dijangkakan bagi sesetengah pengguna, biasanya orang yang yang kulitnya lebih sensitif. Sensasi ini adalah sementara (bermaksud ia tidak lama) dan suatu yang normal semasa menggunakan Rawatan Vitamin C + HA Termaju. Walau bagaimanapun, jika denyutan itu menyebabkan kerengsaan kulit, basuh produk berkenaan dan hentikan penggunaannya.
Secara amnya, kami tidak mengesyorkan penggunaan sebarang produk kosmetik selepas selaran matahari atau setelah sebarang rawatan kosmetik yang menyebabkan keradangan melampau. Rawatan Vitamin C + HA Termaju dan mana-mana produk lain hendaklah digunakan hanya setelah keradangan reda. Untuk penggunaan selepas pengelupasan kosmetik atau rawatan laser, pelanggan hendaklah mendapatkan nasihat doktor.
Bahan dalam Rawatan Vitamin C + HA Termaju ditunjukkan selamat digunakan oleh semua wanita. Kajian keselamatan kosmetik tidak dilakukan ke atas wanita hamil. Memandangkan keadaan kulit berubah semasa hamil, keputusan sama ada hendak menggunakan produk ini atau tidak perlu dibincangkan oleh wanita tersebut dengan doktornya.
-
Jennifer Jones'First DITTO(20)
Created for Jennifer Jones -
Second DITTO List Name(54)
Created for Jennifer Jones -
My Other DITTO List Has a Long Name(999)
Created for Jennifer Jones