PENJAGAAN BADAN

Bukan Sekadar Penjagaan Badan, tetapi Nutrisi untuk Badan.

Memanfaatkan kuasa alam semula jadi, koleksi Penjagaan Badan g&h yang menampilkan bahan Plant-Based Goodness™ yang boleh dijejaki untuk menyuburkan, menyegarkan dan melindungi anda dan insan tersayang sambil menjaga planet.

Diformulasi tanpa surfaktan sulfat, pewarna tiruan, minyak mineral, ftalat atau paraben berbahaya, anda boleh yakin kerana produk-produk ini juga telah diuji oleh pakar dermatologi dan menjalani ujian alahan. Berdaftar dengan The Vegan Society, rangkaian produk penjagaan diri g&h ini bebas daripada sebarang bahan yang dihasilkan daripada haiwan dan tidak diuji ke atas haiwan.

PENJAGAAN BAYI

Selembut Sentuhan Ibu

Seperti anda, kami mengambil berat tentang dunia semula jadi tempat si kecil akan membesar kelak. Itulah sebabnya koleksi g&h Baby diperakui vegan dan diformulasi tanpa surfaktan sulfat, pewarna tiruan, minyak mineral, ftalat atau paraben berbahaya.

Selembut sentuhan ibu, setiap produk mengandungi bahan Plant-Based Goodness™ yang boleh dijejaki, dituai secara mampan untuk memelihara alam sekitar. Sesuai untuk bayi berumur 6 bulan hingga 3 tahun, rangkaian ini telah diuji oleh pakar dermatologi dan menjalani ujian alahan. Berikan si kecil anda yang terbaik dan selamat dengan produk kami yang lembut namun berkesan.

Sama seperti bagaimana mereka memenuhi dunia kita dengan kegembiraan, mari kita penuhi dunia mereka dengan kasih sayang.

TEMUI KOLEKSI KAMI

Bayi

Perlindungan Tiga Perintang
Diuji Oleh Pakar Dermatologi, Menjalani Ujian Alahan
Tanpa Sabun, Tidak Memedihkan Mata

Menyuburkan

Untuk Penyuburan Kulit
Pelembapan Berkesan
Memberikan Rasa Santai

Menyegarkan

Mencergaskan Semula Kulit Yang Lesu
Untuk Gaya Hidup Aktif
Menggiatkan Semula

Melindungi

Pembersihan Mendalam
Meneutralkan Bau
Membersih Dan Menyahbau Dengan Selamat

KOMITMEN g&h

SELAMAT. BERKESAN. SIHAT.

Di g&h, kami komited dalam menyediakan produk penjagaan diri yang bukan saja berkesan, tetapi juga sihat dan selamat untuk digunakan.

Pilih Plant-Based Goodness.

KETAHUI LEBIH LANJUT

Mengambil berat tentang anda dan alam sekitar.

KETAHUI LEBIH LANJUT