Alam semula jadi dan Sains dalam Keharmonian yang Sempurna
MINUMAN CAMPURAN PROTEIN SOYA NUTRILITE – PERISA BERI CAMPURAN
Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite menawarkan sumber protein daripada campuran unik berasaskan kacang soya, gandum dan kacang pis kuning. Setiap hidangan (dua skup) mengandungi 8g protein berkualiti tinggi, 9 asid amino perlu dan 250mg kalsium untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi harian anda.
Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite - Perisa Beri Campuran (500g)
MANFAAT
Protein berasaskan tumbuhan dalam Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite adalah rendah lemak, menjadikannya sesuai untuk semua termasuk vegetarian. Pengambilan harian produk ini sebanyak 25g dapat membantu mengawal tahap kolesterol secara berkesan. Ia juga menyediakan 9 asid amino perlu yang menyokong pencernaan yang sihat, pertumbuhan dan pembaikan tisu serta metabolisme. Produk ini juga dapat membantu mengawal rasa lapar.
kacang kedelai muda
KENAPA PENGAMBILAN PROTEIN PENTING?
Protein memainkan peranan penting dalam menjaga dan meningkatkan kesihatan dan vitaliti. Tubuh badan kita memerlukan protein yang secukupnya untuk menyokong pertumbuhan tulang dan otot, pembaikan tisu dan perkembangan mental. Selain itu, protein juga membantu mengekalkan tenaga dan stamina untuk aktiviti harian. Kekurangan protein boleh menyebabkan kehilangan jisim otot, kelesuan, sistem imun yang lemah, kulit berkedut, kerapuhan rambut dan kuku, dan masalah konsentrasi.
tangkai gandum, edamame (kacang kedelai muda) dan kacang soya
LAZAT DAN MUDAH DISEDIAKAN
Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite didatangkan dalam perisa beri campuran yang lazat. Tersedia dalam bentuk serbuk, menjadikannya begitu mudah disediakan. Cuma bancuh dengan air.
Siluet seorang perempuan dengan latar belakang lapisan gambar tangkai gandum, edamame dan kacang soya
Cara Mengguna
  • Tambah satu atau dua skup Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) ke dalam air sejuk.
  • Kocak kuat-kuat dalam bekas bertutup atau kacau cepat-cepat selama 45 saat.
  • Campurkan dalam pengadun dengan buah-buahan segar atau yang dinginbeku untuk sajian yang enak.
  • Tambah Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) kepada sup bijirin, sup, salad atau resipi kegemaran anda. Dapatkan lebih banyak resipi dari www.nutrilite.com.my.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
    Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Beri Campuran) tidak disyorkan untuk anak kecil di bawah usia setahun. Terlalu banyak protein boleh membebankan ginjal, menyebabkan penyahhidratan.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Berat
    500g
    Bahan-bahan
    Asingan protein soya, fruktosa, minyak bunga matahari, susu kering tanpa lemak, kalsium fosfat tribasik, perisa beri semula jadi, natrium kaseinat, pekatan aserola, serbuk ubi bit, asid sitrik, kalium sitrat, lesitin, kanji jagung, maltodekstrin, buah markisah, nanas, jambu batu, buah gajus.
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

    Klik untuk membaca mengapa kami adalah jenama terkemuka:
    SUMBER: GlobalData, https://gdretail.net/amway-claims/