Jika anda sedang mencari sokongan penglihatan normal dan penglihatan malam, tidak usah mencari lagi kerana Bilberry Plus Nutrilite™ mengandungi campuran ekstrak bilberi dan marigold, minyak tuna dan fitonutrien yang dirumus dengan teliti bagi membantu mata anda berfungsi dengan cekap.
KAMI MENJAGA ANDA DENGAN BILBERRY PLUS NUTRILITE™
Bilberry Plus Nutrilite™ kaya dengan nutrien yang bermanfaat untuk mata anda. Mengandungi 42mg ekstrak bilberi, Bilberry Plus Nutrilite™ membekalkan anda dengan 25% antosianosida. Lebih-lebih lagi, ia terdiri daripada 7.9mg ekstrak marigold, yang memberikan lutein, suatu antioksidan yang ditemui secara semula jadi dalam retina; serta 210mg minyak tuna, yang memberikan DHA, suatu asid lemak omega-3. Dua tablet setiap hari memberikan anda semua ini dan banyak fitonutrien, yang hadir secara semula jadi dalam tumbuhan dan buah-buahan. Bilberry Plus Nutrilite™ oleh Amway bebas daripada pewarna, perisa atau pengawet tiruan.
MENYOKONG PENGLIHATAN ANDA
Bilberry Plus Nutrilite™ menyokong dan mengekalkan daya penglihatan yang normal. Setiap gel lembut memberikan antioksidan secara semula jadi yang ditemui dalam retina, yang boleh diasimilasikan hanya menerusi makanan dan makanan tambahan. Memudahkan pengaliran oksigen dan darah ke mata. Dengan Bilberry Plus Nutrilite™ oleh Amway, anda boleh mencapai keseimbangan diet, nutrisi yang optimum dan mengekalkan tisu mata yang sihat, semuanya pada masa yang sama.
Cara Mengguna
Ambil dua gel lembut sehari, sebaik-baiknya dengan sajian.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Setiap gel lembut diperbuat daripada gelatin lembu boleh dimakan.
Ikuti dos dan arahan penggunaan yang disyorkan.
Wanita hamil dan yang menyusukan bayi harus mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunanya.
Ini adalah ubat tradisional. Jika simptom-simptom berterusan, sila hubungi doktor.
Produk ini harus dijauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup penutupnya dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.
Tarikh Pengeluaran/Luput
Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
Bilangan
60 gel lembut
Bahan-bahan
Minyak tuna, gelatin (daripada lembu), minyak kacang soya, gliserin, ekstrak bilberi, lilin lebah kuning, kompleks sitrus, pekata aserola, lesitin, ekstrak marigold, pewarna karamel semula jadi, maltodekstrin, d-alfa tokoferol.
Catatan Kesihatan
Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.