Alam semula jadi dan Sains dalam Keharmonian yang Sempurna
MINUMAN CAMPURAN PROTEIN SOYA NUTRILITE – PERISA TEH HIJAU
Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite menawarkan sumber protein daripada campuran unik kacang soya, gandum dan kacang pis kuning. Setiap hidangan (dua skup) mengandungi 8g protein berkualiti tinggi, 9 asid amino perlu dan 250mg kalsium untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi harian anda.
MANFAAT
Protein berasaskan tumbuhan dalam Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite adalah rendah lemak, menjadikannya sesuai untuk semua termasuk vegetarian. Ia juga menyediakan 9 asid amino perlu yang menyokong pencernaan yang sihat, pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi otak serta penghasilan hormon. Produk ini juga dapat membantu mengawal rasa lapar.
KENAPA PENGAMBILAN PROTEIN PENTING?
Protein memainkan peranan penting dalam menjaga dan meningkatkan kesihatan dan vitaliti. Tubuh badan kita memerlukan protein yang secukupnya untuk menyokong pertumbuhan tulang dan otot, pembaikan tisu dan perkembangan mental. Selain itu, protein juga membantu mengekalkan tenaga dan stamina untuk aktiviti harian. Kekurangan protein boleh menyebabkan kehilangan jisim otot, kelesuan, sistem imun yang lemah, kulit berkedut, kerapuhan rambut dan kuku, dan masalah konsentrasi.
LAZAT DAN MUDAH DISEDIAKAN
Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite didatangkan dalam perisa teh hijau yang lazat dan menyegarkan. Tersedia dalam bentuk serbuk, menjadikannya begitu mudah disediakan. Cuma bancuh dengan air.
Cara Mengguna
Tambah satu atau dua skup Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Teh Hijau) ke dalam air sejuk.
Kocak kuat-kuat dalam bekas bertutup atau kacau cepat-cepat selama 45 saat.
Campurkan dalam pengadun dengan buah-buahan segar atau yang dinginbeku untuk sajian yang enak.
Tambah Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Teh Hijau) kepada sup bijirin, sup, salad atau resipi kegemaran anda. Dapatkan lebih banyak resipi dari www.nutrilite.com.my.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Teh Hijau) tidak disyorkan untuk anak kecil di bawah usia setahun. Terlalu banyak protein boleh membebankan ginjal, menyebabkan penyahhidratan.
Tarikh Pengeluaran/Luput
Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
Berat
450g
Bahan-bahan
Asingan protein soya, fruktosa, susu kering tanpa lemak, minyak bunga matahari, teh hijau, kalsium fosfat tribasik, natrium kaseinat, lesitin.
Catatan Kesihatan
Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.