Pencerahan intensif tidak seperti sebelumnya
ARTISTRY IDEAL RADIANCE Pelindung UV SPF 50+ PA++++
Pelindung UV SPF 50+ PA++++ ARTISTRY IDEAL RADIANCE membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada matahari yang akan merosakkan kulit anda dan menyebabkan pembentukan awal garis halus dan kedut lalu mengakibatkan penampilan penuaan pramatang. Rumusannya yang selembut sutera meluncur di atas kulit tanpa meninggalkan sebarang sisa putih dan melindungi kulit daripada kerosakan matahari, tompok gelap dan perubahan warna pada masa akan datang.
KRIM PERLINDUNGAN UV TERUNGGUL ANDA
Pelindung UV SPF 50+ PA++++ ARTISTRY IDEAL RADIANCE adalah berasaskan rumusan sangat ringan, menghidratkan dan sangat nipis. Sesuai untuk hari-hari yang cerah di kolam renang atau di pantai kerana ia mengandungi perlindungan SPF 50+ UVB; perlindungan PA++++ UVA dan tahan air sehingga 40 minit. Kulit anda akan dipelihara pada masa yang sama disebabkan campuran English Daisies, Evening Primrose, Geranium Eropah, Bunga Melur dan Sophora Japonica dalam Campuran Multifloranya. Untuk memberikan anda kemasan yang berseri, sistem Pencerahan 3D eksklusif kami menggabungkan Campuran MultiFlora dan Protein Mutiara dengan Teknologi 3D untuk mensasarkan tiga kedalaman kulit bagi hasil yang berkesan.
RASA DILINDUNGI DI BAWAH MATAHARI
Diseduh dengan bahan pencerah, menenangkan dan menghidratkan, Pelindung UV ARTISTRY IDEAL RADIANCE membantu mengurangkan dan menghalang pembentukan tompok gelap, jeragat dan perubahan warna disebabkan oleh pendedahan UV sambil memberikan kulit anda penghidratan yang diperlukan. Melindungi kulit anda semasa aktiviti berat dan mengekalkan kelembapannya agar kulit anda rasa selesa sepanjang hari. Ia juga membentuk asas yang licin bagi mekap meluncur atasnya.
KILAUAN, TONA KULIT SEKATA DAN KEJERNIHAN
Saintis ARTISTRY telah mendapati bahawa keserian ideal boleh dicapai apabila tiga dimensi ini dicapai: kilauan, tona kulit sekata dan kejernihan. ARTISTRY IDEAL RADIANCE melaksanakan pencerahan dalam pelbagai cara agar pencerahan kulit dapat sampai ke tahap baru secara keseluruhannya. Pencerahan 3D adalah sistem pencerahan kami yang paling berkuasa tetapi lembut. Campuran Multiflora, Protein Mutiara dan sistem penghantaran liposom eksklusif mensasarkan tiga kedalaman permukaan kulit bagi mengurangkan tompok-tompok gelap dan meningkatkan kejernihan sambil kulit dicerahkan, dilegakan, dihidratkan dan diilindungi. Kedalaman 1: Permukaan Campuran Multiflora Termasuk antioksidan yang kuat bagi membantu melindungi daripada tekanan alam sekitar dan ekstrak bunga menyempurnakan kulit untuk pencerahan kulit secara dramatik. Kedalaman 2: Tengah Protein Mutiara Menyekatakan tona kulit bagi merawat tompok-tompok gelap yang ketara dan perubahan warna. Kedalaman 3: Paling Dalam Teknologi 3D Meningkatkan bahan penghantaran dan mensasarkan tahap permukaan paling dalam bagi mencegah penyahhidratan dan melegakan kerengsaan kerana ia mengurangkan tahap melanin dengan ketara. Pelindung UV ARTISTRY IDEAL RADIANCE menyentuh ketiga-tiga dimensi dengan berkesan, menjadikannya krim pelindung UV terunggul anda.
PERLINDUNGAN TERBAIK, HASIL YANG CEPAT
Pelindung UV ARTISTRY IDEAL RADIANCE adalah salah satu produk utama dalam koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE. Pengguna Koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE dapat melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Ujian in-vitro telah menunjukkan hasil berikut: Dalam masa 2 jam: Mensasarkan lapisan permukaan kulit paling dalam, mencetuskan kilauan sel. Dalam masa 24 jam: Mencapai 96% pengurangan dalam protein pengutus pengisyaratan yang bertanggungjawab terhadap penghasilan pigmentasi. Dalam masa 7 hari: Hiperpigmentasi dikurangkan dengan ketara.
Cara Mengguna
  • Ratakan sebagai langkah terakhir dalam regimen penjagaan kulit anda setiap pagi. Goncang botol.
  • Guna selepas Pelembap Menyeri atau Krim Lembapan Penyeri.
  • Sapu rata pada seluruh muka dan leher dengan hujung jari anda. Elakkan kawasan mata. Proses Sapuan Semula:
  • Untuk perlindungan yang lebih baik, guna produk setiap dua (2) jam.
  • Sapu semula produk selepas 40 minit jika anda mengambil bahagian dalam aktiviti berasaskan air. Keringkan diri anda dengan tuala sebelum menyapu semula.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    30ml
    Bahan-bahan
    Air/Akua, Cyclopentasiloxane, Zink Oksida, Ethilheksil Methoxycinnamate, Butilena Glikol, Alkohol, Ethylhexyl Salicylate, Titanium Dioksida, Dicaprylyl Carbonate, Dimethicone, PEG-10 Dimethicone, Magnesium Sulfat, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Vinyl Dimethicone/Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Aluminum Hidroksida, Triethoxycaprylylsilane, Aluminum Stearate, Haruman/Parfum, Caprylyl Glycol, Phenoxyethanol, Polyglyceryl-6 Polyricinoleate, Glyceryl Caprylate, Ekstrak Bunga Bellis Perennis (Daisy), Maltodekstrin, Natrium Hialuronat, Gliserin, Ekstrak Bunga Jasminum Officinale (Bunga Melur), Lesitin, Protein Conchiolin Terhidrolisis, Ekstrak Daun Sophora Japonica, Ekstrak Geranium Robertianum, Lactobacillus/Acerola Cherry Ferment, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Seed Extract, Glycerin, Beta-Sitosterol, Seramida 3,Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra (Likouris), Tetrahexyldecyl Ascorbate, Tocopheryl Acetate, Alpha- Isomethyl Ionone, Butylphenyl Methylpropional, Sitronellol, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Limonina, Linalool.

    KULIT YANG LEBIH CERAH, LEBIH BERSERI

    Alam dan sains bergabung tenaga, mengangkat pencerahan kulit ke satu tahap keserian yang baru.