Serum Asas ARTISTRY SIGNATURE SELECT adalah universal, sesuai untuk semua masalah kulit. Apabila digunakan dengan 1, 2, atau sehingga 3 Penguat, ia mewujudkan asas kulit yang sihat.
DIBUAT DENGAN BAHAN DARI SUMBER NUTRILITE
Serum Asas ARTISTRY SIGNATURE SELECT menampilkan bahan-bahan daripada sumber Nutrilite⢠dengan kepekatan tertinggi dan bilangan terbesar yang ditawarkan oleh penjagaan kulit ARTISTRY di dalam satu produk. Ia mengandungi 100% air yang diseduh dengan Fito dan campuran 5 bahan dari sumber Nutrilite⢠yang termasuk Ceri Aserola, Blackcurrant, Teh Hijau, Delima dan Bayam.
TINGKATKAN PENEMBUSAN PENGUAT UNTUK HASIL YANG LEBIH BAIK
Serum Asas ARTISTRY SIGNATURE SELECT meningkatkan penembusan Penguat sehingga 175%, mewujudkan asas kulit yang subur untuk anda. Selain itu, ia juga menyediakan perlindungan antioksidan untuk kulit anda.
MANFAATKAN KUASA SERUM DIPERIBADIKAN ARTISTRY SIGNATURE SELECT
Tiada sesiapapun yang memahami kulit dengan lebih baik berbanding penjagaan kulit ARTISTRY. Saintis ARTISTRY telah mengkaji lebih daripada 32,000 orang wanita dan lelaki dari serata dunia dan mendapati bahawa 97.7% daripada mereka mempunyai lebih daripada satu masalah kulit, manakala 94.7% daripada mereka mengatakan mereka mempunyai tiga atau lebih masalah kulit.
Serum Diperibadikan ARTISTRY ini dicipta agar anda dapat merawat masalah kulit anda yang pelbagai dan khusus secara serentak dengan kuasa sehingga 3 serum dalam 1 produk tunggal.
PILIH, CAMPURKAN, PERIBADIKAN
Serum yang Diperibadikan ini menawarkan sehingga 25 kombinasi yang mungkin daripada 5 pilihan penguat iaitu Menghidratkan, Mencerahkan, Antikedutan, Memejalkan dan Antitompokan. Anda boleh mencapai Serum Diperibadikan anda dalam 3 langkah mudah: 1) Pilih 1, 2 atau sehingga 3 penguat yang sangat pekat berdasarkan keperluan anda; 2) Segera campurkan pekatan penguat ke dalam Serum Asas; 3) Alami serum yang diperibadikan yang menangani keperluan kulit anda yang pelbagai dan khusus!
SERUM YANG SECARA UNIKNYA MILIK ANDA
Serum Asas ini hendaklah digunakan dengan Penguat yang dijual secara berasingan.
(i) Penguat Penghidratan ARTISTRY SIGNATURE SELECT (121556);
(ii) Penguat Pencerahan ARTISTRY SIGNATURE SELECT (121557);
(iii) Penguat Antikedutan ARTISTRY SIGNATURE SELECT (121558);
(iv) Penguat Pemejalan ARTISTRY SIGNATURE SELECT (121559);
(v) Penguat Antitompokan ARTISTRY SIGNATURE SELECT (121560)
Cara Mengguna
Serum Asas hendaklah digunakan dengan 1, 2 atau sebanyak 3 Penguat yang sangat pekat berdasarkan keperluan anda.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
Elakkan terkena mata.
Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
Jangan sapu pada kulit yang merekah.
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
Polisi Pemulangan
Jaminan Kepuasan Amway:
Amway menawarkan kepada ABO pelbagai jenis produk yang boleh dijual dengan yakin serta disokong dengan Jaminan Kepuasan Amway melalui pembangunan produk dan pembungkusan berkualiti tinggi yang inovatif. Untuk jaminan itu dipenuhi, ABO hendaklah menyediakan botol ARTISTRY SIGNATURE SELECT Personalized Serum dan semua penguat kosong yang telah diseduh ke dalam serum sebelum ini bersama-sama nombor pesanan masing-masing. Amway tidak akan menerima pemulangan yang tidak lengkap.
Serum Khusus Untuk Anda
Merawat masalah kulit yang pelbagai dan khusus dengan kuasa sehingga 3 serum dalam 1