Penulen Air
eSpring
Tahukah anda bahawa sungai dan laut kita mungkin dicemari mikroplastik?
93% daripada 259
air botol mengandungi mikroplastik*
* Mason SA, Welch VG, Neratko J. Synthetic Polymer Contamination in Bottled Water. Front Chem. 2018 Sep 11;6:407. doi: 10.3389/fchem.2018.00407. PMID: 30255015; PMCID: PMC6141690.
Sejauh manakah anda yakin yang air minum anda tidak mengandungi sisa farmaseutikal?
Air berpotensi dicemari sisa farmaseutikal melalui pembuangan terus serta sisa manusia dan haiwan, yang memasuki sistem pembetungan dan mencemarkan sungai dan laut.
Jangan bimbang - Penulen Air eSpring baharu telah terbukti boleh mengurangkan mikroplastik dan 19 farmaseutikal!
Memperkenalkan
Berlandaskan legasi sains, inovasi dan kepimpinan rawatan air eSpring selama 40 tahun, Penulen Air eSpring baharu menggabungkan Penuras Karbon e3 dan teknologi LED UV-C termaju untuk prestasi peringkat tertinggi.

Nikmati air minum termineral yang Jelas Lebih Baik dengan Penulen Air eSpring baharu hari ini!
Terokai laluan baharu kami untuk air yang lebih sihat dan lebih enak rasanya!
3 Lapisan Penurasan Premium yang Berkuasa
Penulen Air eSpring baharu menggabungkan Penuras Karbon eSpring e3 (yang terdiri daripada Prapenuras, Pelindung Pertahanan dan Blok Karbon) yang cekap mengurangkan lebih 170 bahan cemar sekecil 0.2 mikron (atau 300-500x lebih kecil daripada rambut manusia):
1. Prapenuras
Memerangkap zarah yang lebih besar termasuk sedimen, mendakan skala, kotoran dan pasir.
2. Pelindung Pertahanan
Memerangkap zarah halus seperti mikroplastik, asbestos dan patogen bawaan air; meningkatkan kejernihan air.
3. Blok Karbon
Berkesan mengurangkan farmaseutikal, plumbum, merkuri, sebatian organik meruap (VOC), asid perfluorooktanoik (PFOA), asid Perfluorooktanasulfonik (PFOS), racun perosak, racun herba dan banyak lagi.
Teknologi LED UV-C Termaju yang Dipelopori oleh Saintis eSpring
Selain itu, teknologi LED UV-C yang inovatif berkesan menghapuskan 99.9% bakteria, virus dan sista bawaan air untuk memastikan air minum anda bersih, selamat dan tulen.
Apakah impak cahaya LED UV-C terhadap mikroorganisma?
  • Memusnahkan DNA dan rNA mikroorganisma supaya ia tidak boleh membiak.

  • Cara yang bebas bahan kimia untuk menjadikan mikroorganisma tidak berbahaya tanpa mengubah rasa air.
Sentiasa menjadi perintis, Amway juga merupakan syarikat pertama yang mempunyai sistem rawatan air dengan teknologi LED UV-C yang diperakui oleh NSF iaitu Standard 55 NSF/ANSI untuk untuk pengurangan mikrob Kelas B.
Klik untuk mengetahui lebih lanjut
Lebih Banyak Sebab Untuk Memilih Penulen Air eSpring Baharu
Prestasi Berasaskan Tumbuhan
Karbon diaktifkan berasaskan tempurung kelapa berkesan mengurangkan bahan cemar
Lebih Lestari
LED UV-C yang lestari direka untuk bertahan sehingga 10 tahun*
*Data yang dikongsi mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan.
Kurang Penggunaan Tenaga
Menggunakan 25% kurang tenaga (hanya 45W) apabila digunakan secara aktif
Paparan Menarik, Kurang Menganggu
Memasuki mod “mati lampu” yang menjimatkan tenaga apabila air tidak mengalir.
Diuji & Diperakui untuk Prestasi Penurasan yang Memenangi Anugerah
Amway ialah syarikat pertama yang mempunyai sistem rawatan air dengan teknologi LED UV-C yang diperakui oleh NSF iaitu Standard 55 NSF/ANSI untuk pengurangan mikrob Kelas B dan telah memperoleh Mohor Emas Persatuan Kualiti Air untuk produk rawatan air pengguna yang hebat.
Prestasi Terbukti dengan 4 Standard NSF/ANSI:
  • Standard 42 – Bahan Cemar Estetik
  • Standard 53 – Bahan Cemar Kesan Kesihatan
  • Standard 55 – Mikrobiologi Ultraungu
  • Standard 401 – Sebatian Memuncul/Bahan Cemar Sampingan

Penulen Air eSpring merupakan produk yang memenangi anugerah, membawa pulang anugerah Syarikat Penurasan Air Pilihan Frost & Sullivan's bagi Asia Pasifik untuk tahun ke-14 berturut-turut dan Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader's Digest di Malaysia dan Asia selama beberapa tahun berturut-turut.

Disahkan Halal
Penulen Air eSpring baharu, Penuras Karbon e3 dan Prapenuras kini disahkan Halal, dengan jaminan pematuhan kepada undang-undang Islam bagi pengguna yang prihatin.
Kekal Berhubung dengan Semua Amway Home Tech Anda
Aplikasi Amway Healthy Home baharu* membolehkan anda memantau Penulen Air eSpring baharu serta Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY dan Atmosphere Mini™ anda – di rumah atau di luar:
  • Mendapat peringatan penukaran penuras
  • Memesan penuras terus daripada aplikasi
  • Memantau penggunaan air dan udara
  • Mendapat kemas kini perisian automatik
  • Mencari maklumat produk dan video panduan
  • Mengaktifkan waranti peranti Amway anda
Ke mana-mana sahaja anda pergi, gunakan aplikasi Amway Healthy Home untuk memastikan udara dan air di rumah anda selamat dan bersih.

Dapatkannya sekarang:

App Store: Klik di sini
Google Play: Klik di sini

*Sambungan Internet diperlukan
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat Waranti
Waranti: 5 tahun
Dimensi
Tinggi: 346mm (13.6”) nominal
Kelebaran: 254mm (10.0”) nominal
Kedalaman: 140mm (5.5”) nominal
Penggunaan Elektrik
24V DC, 1.875A
Klik di sini untuk Soalan Lazim kami