header-logo

Flos Gigi Multitindakan GLISTER – 2 pek

header-logo

Flos Gigi Multitindakan GLISTER – 2 pek

3 step glister oral care system for oral health

Penjaga Gerbang Menuju Kesihatan Badan yang Baik – Penyelesaian 3 Langkah Holistik GLISTER

Memanfaatkan kuasa sains dan Plant-Based Goodness™, produk penjagaan mulut GLISTER memberikan penyelesaian yang lengkap untuk senyuman yang sihat. Formula kami yang terbukti lembut dan berkesan, dengan bahan-bahan botani yang menyenangkan deria. Sokonglah keseimbangan mikrobiom kedua terbesar badan anda yang begitu halus dengan sistem Penjagaan Mulut GLISTER 3 langkah kami yang terbukti secara klinikal!

Ciri & Manfaat:

benefits icon
Menanggalkan plak di celah gigi
benefits icon
Membersihkan dan merangsang gusi
benefits icon
Berbentuk riben leper
benefits icon
Disalut dengan lilin yang diperoleh daripada sumber semula jadi
benefits icon
Memberikan sehingga 166 penggunaan setiap bekas 50m
Flos Gigi Multitindakan GLISTER meluncur mudah di celah gigi untuk tindakan pembersihan yang selamat dan berkesan. Ia perlahan-lahan merangsang gusi sambil menanggalkan plak daripada celah gigi dan betul-betul di bawah garis gusi. Flos gaya pita ini menpunyai bentuk yang rata untuk masuk ke ruang yang sempit dan menpunyai salutan lilin yang diperoleh daripada sumber semula jadi. Mudah digunakan, benangnya yang kuat adalah tahan carik.
promotes healthy gums and enhance oral health with dental floss promotes healthy gums and enhance oral health with dental floss promotes healthy gums and enhance oral health with dental floss

Hanya Sekali Sehari untuk Gusi Sihat

Flos Gigi Multitindakan GLISTER menggalakkan gusi yang sihat dan meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan apabila digunakan sebagai sebahagian daripada Sistem Penjagaan Mulut GLISTER.


Pendekatan yang Lebih Bersih untuk Kebersihan Mulut

Benang Flos Gigi Multitindakan GLISTER bebas daripada:
  • BPA
  • PVC
  • Ftalat

clean and keep oral hygiene clean clean and keep oral hygiene clean clean and keep oral hygiene clean
comes with recyclable paper and carton for sustainability comes with recyclable paper and carton for sustainability comes with recyclable paper and carton for sustainability

Kelestarian Dengan Senyum

Kad sokongan kertas boleh dikitar semula di tempat terdapatnya kemudahan.


Dikuasakan oleh Sains – Berpegang pada Kebolehjejakan

Cari mohor ‘Amway Traceable’, yang menunjukkan bahawa produk ini memenuhi keperluan Amway untuk menjejaki rekod bahan-bahan yang terperinci sehingga ke pembekal bahan mentah produk tersebut.

amway traceability seal

Kebolehjejakan ialah mengetahui dari mana asal produk dan cara ia dibuat, mengutamakan keselamatan anda dan penjagaan alam sekitar. Butiran yang boleh dijejaki memberikan ketenangan fikiran, membezakan Penjagaan Mulut GLISTER daripada yang lain, dengan kepercayaan mendalam yang terbina dalam setiap produk.


glister oral care glister oral care glister oral care

MAKLUMAT LANJUT

CARA PENGGUNAAN

Produk ini adalah untuk LANGKAH 2: FLOS bagi Sistem Penjagaan Mulut GLISTER. Gunakan selepas makan, terutamanya pada waktu malam.

  1. Floskan gigi anda selepas memberus. Dispenskan 30-45cm flos dan lilitkan benang pada jari tengah anda.
  2. Gunakan ibu jari dan jari, gerakkan flos dengan lembut di celah setiap gigi hingga betul-betul di bawah garis gusi. Luncurkan flos pada setiap permukaan gigi.
  3. Floskan kedua sisi setiap gigi. Jangan lupa bahagian belakang gigi terakhir pada kedua-dua belah, atas dan bawah. Apabila flos menjadi berbulu atau kotor, beralih kepada bahagian baru flos.
PENGGUNA SASARAN
Untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih 2 tahun.

ISI PADU
Didatangkan dengan 2 bekas flos, setiap satu mengandungi 50m flos (sejumlah 100m flos setiap pakej; memberikan sehingga 166 penggunaan setiap bekas 50m)

NOTA KESIHATAN
S&J: Flos Gigi Multitindakan GLISTER
1. Mengapakah saya perlu menggunakan flos?

Flos adalah bahagian penting dalam rutin penjagaan mulut anda. Jika anda tidak menggunakan flos, anda akan membiarkan sebahagian permukaan gigi anda tidak bersih. Selain itu, menggunakan flos gigi setiap hari mengalakkan gusi yang sihat dan meningkatkkan kesihatan mulut secara keseluruhan.

2. Mengapakah flos ini rata?

Walaupun flos didatangkan dalam pelbagai bentuk, pasukan GLISTER memilih pita leper kerana ia sesuai untuk pelbagai jenis pengguna. Ia mudah meluncur di celah-celah gigi walaupun ruang gigi yang sempit, tahan carik dan mudah dikawal dan dipandukan di dalam mulut.

3. Berapa kerapkah saya perlu menggunakan flos?

Pakar gigi mengesyorkan anda menggunakan flos sekali sehari, selepas memberus gigi. Anda juga boleh menggunakan flos selepas makan atau bila-bila masa anda memerlukannya.

glister multi action oral care glister multi action oral care glister multi action oral care

Klik untuk membaca mengapa kami adalah jenama terkemuka:
SUMBER: GlobalData, https://gdretail.net/amway-claims/