Beyond Body Care, it's Body Nutrition
Pensanitasi Tangan Protect
g&h Protect
Melindungi dan membersihkan kulit yang tercemar secara mendalam. Membersih dan menyahbau, g&h Protect menanggalkan kekotoran dan meneutralkan bau untuk kesegaran yang berpanjangan.

Gel yang tidak melekit dan cepat lenyap ini membunuh 99.9% daripada kebanyakan kuman dan bakteria biasa dalam masa 30 saat. Rumusan lembut pensanitasi ini menyahjangkit tangan dengan berkesan sambil mengekalkan perintang lembapan semula jadi kulit dan membantu memastikan lembapan seimbang.
Haruman eksklusif dengan Teknologi Peneutralan Bau membantu melawan bau dengan meneutralkan bau. Kulit berbau segar dan bersih setiap kali digunakan.
Dengan Air Kompleks Cica dan gliserin berasaskan tumbuhan bagi membantu melembapkan dan menenangkan kulit kering.
Teh Hijau membantu memberikan perlindungan antioksidan manakala Rosemary membantu melegakan kulit kering.
Diuji oleh pakar dermatologi & Menjalani ujian alahan.
Dengan Bahan Plant-Based Goodness™
AIR BERASASKAN TUMBUHAN
Air Kompleks Cica
Diperbuat daripada Cica (Centella asiatica) dan gliserin yang diperoleh daripada tumbuhan untuk membantu melegakan kulit.
KEPERLUAN BERASASKAN TUMBUHAN
Rosemary
Herba berperisa ini mempunyai bakat terpendam untuk membantu melegakan kulit.
NUTRIEN BERASASKAN TUMBUHAN
Ekstrak Teh Hijau yang Diluluskan Nutrilite
Botani berkuasa yang memberikan perlindungan antioksidan. Teh Hijau kami ditanam di ladang rakan kongsi yang diperakui NutriCert™, membolehkan Kebolehjejakan Biji Benih ke Kulit yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Ujian Klinikal
Pensanitasi Tangan Protect g&h mengandungi alkohol etil yang terbukti secara klinikal dapat membunuh 99.9% daripada kebanyakan kuman dan bakteria yang biasa dalam masa 30 saat.

Ujian Pengguna
Dalam ujian pengguna bagi Pensanitasi Tangan g&h Protect:
bersetuju bahawa produk ini tidak membuat tangan berasa kering atau tegang.
bersetuju bahawa produk ini membuat tangan berasa licin.
Baik Untuk Anda dan
Alam Sekitar
Diformulasi TANPA:
  • Surfaktan Sulfat
  • Pewarna Tiruan
  • Minyak Mineral
  • Ftalat
  • Paraben
Berdaftar dengan The Vegan Society. Bebas daripada bahan yang terhasil daripada haiwan.Tiada ujian ke atas haiwan.
Usaha Kelestarian
Formula terbiodegradasikan.
Botol diperbuat dengan 30% bahan kitar semula.
Sila kitar semula! Botol g&h boleh dikitar semula* (tidak termasuk pam).
*Di tempat kemudahan kitar semula tersedia; semak di kawasan setempat.
100% tenaga elektrik yang diperlukan oleh Amway untuk mengeluarkan produk g&h di Ada, Michigan, Amerika Syarikat, datang daripada kuasa angin yang mampan.**

**Berdasarkan data 2021 untuk sabun tangan g&h, pensanitis, pencuci badan dan losen badan. Tidak termasuk produk g&h yang dikeluarkan di India dan China.
MAKLUMAT LANJUT
CARA PENGGUNAAN
Sapukan sejumlah kecil (kira-kira 2ml) pada tangan anda dan gosok pada kulit selama 30 saat sehingga kering. Tidak perlu dibilas.
Penggunaan berulang boleh menyebabkan sisa yang melekit. Bilas dengan air jika perlu.
PENYIMPANAN
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan terhindar daripada cahaya matahari. Semua produk telah dibangunkan agar stabil dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, haba atau sejuk yang melampau boleh menyebabkan ketidakstabilan (perubahan warna, pengasingan bahan, dll.) dan haruslah dielakkan.
TARIKH PENGELUARAN/LUPUT
Hayat simpan produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, tempoh penggunaan yang disyorkan ialah 12 bulan.
ISI PADU
Botol 400ml dengan pam.
BAHAN DAN KANDUNGAN
Alkohol, Air, Glisrin, Butilena Glikol, Haruman, Karbomer, Aminometil Propanol, Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Geraniol, Limonena, Linalool
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
Adakah Pensanitasi Tangan g&h Protect mengandungi metanol?
Formulanya telah diuji bagi memastikan sebarang metanol yang wujud berada pada tahap yang selamat sebagaimana digariskan oleh garis panduan USP.