Beyond Body Care, it's Body Nutrition
Deodoran Antipeluh Berbuli
Protect
g&h Protect
Melindungi dan membersihkan kulit yang tercemar secara mendalam. Membersih dan menyahbau, g&h Protect menanggalkan kekotoran dan meneutralkan bau untuk kesegaran yang berpanjangan.

Deodoran antipeluh berbuli yang cepat mengering dengan haruman yang tahan lama ini membantu anda kekal segar dan kering. Deodoran antipeluh berbuli ini tidak akan meninggalkan kesan putih pada kulit atau pakaian anda, malahan membantu mengekalkan perintang lembapan semula jadi kulit sambil memastikan lembapan seimbang.
Formula tanpa alkohol membantu mengurangkan kerengsaan yang boleh disebabkan oleh pencukuran biasa pada ketiak.
Halia dan Bisabolol yang dihasilkan dariipada tumbuhan membantu mengurangkan kerengsaan termasuk kerengsaan yang boleh menyebabkan kemunculan tanda ketiak yang gelap.
Diuji oleh pakar dermatologi & Menjalani ujian alahan.
Mengandungi Air Kompleks Cica dan Ekstrak Rosemary bagi membantu melegakan kulit kering yang merengsa.
Teh Hijau membantu memberikan perlindungan antioksidan manakala Prebiotik menyediakan sumber tenaga bagi membantu memupuk mikrobiom kulit yang lebih optimum.
Dengan Bahan Plant-Based Goodness™
AIR BERASASKAN TUMBUHAN
Air Kompleks Cica
Diperbuat daripada Cica (Centella asiatica) dan gliserin yang diperoleh daripada tumbuhan untuk membantu melegakan kulit.
PATI BERASASKAN TUMBUHAN
Rosemary
Herba berperisa ini mempunyai bakat terpendam untuk membantu melegakan kulit.
NUTRIEN BERASASKAN TUMBUHAN
Ekstrak Teh Hijau yang Diluluskan Nutrilite
Botani berkuasa yang memberikan perlindungan antioksidan. Teh Hijau kami ditanam di ladang rakan kongsi yang diperakui NutriCert™, membolehkan Kebolehjejakan Biji Benih ke Kulit yang belum pernah berlaku sebelum ini.
KESEIMBANGAN BERASASKAN TUMBUHAN
Prebiotik
Diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, campuran bahan prebiotik kami memberikan sumber tenaga untuk membantu memupuk mikrobiom kulit yang lebih teroptimum.
Memberi Perlindungan Bau yang Berkesan
  • Membantu menyediakan perlindungan kebasahan selama 48 jam.
  • Membantu menyediakan pengurangan peluh selama 48 jam.  
Baik Untuk Anda dan
Alam Sekitar
Diformulasi TANPA:
  • Surfaktan Sulfat
  • Pewarna Tiruan
  • Minyak Mineral
  • Ftalat
  • Paraben
  • Alkohol
Berdaftar dengan The Vegan Society.Bebas daripada bahan yang terhasil daripada haiwan.Tiada ujian ke atas haiwan.
MAKLUMAT LANJUT
CARA PENGGUNAAN
Goncang sebelum guna. Sapukan pada ketiak yang bersih dan kering sahaja. Biarkan kulit kering.
PENGGUNA SASARAN
Direka untuk kegunaan oleh kedua-dua wanita dan lelaki, disyorkan untuk remaja yang baru mencapai akil baligh dan lebih tua.
NASIHAT / LANGKAH BERJAGA-JAGA
Jangan gunakan pada kulit yang luka. Hentikan penggunaan jika ruam atau kerengsaan berlaku. Dapatkan nasihat doktor sebelum penggunaan jika anda mempunyai penyakit buah pinggang. Jauhkan daripada kanak-kanak.
PENYIMPANAN
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan terhindar daripada cahaya matahari. Semua produk telah dibangunkan agar stabil dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, haba atau sejuk yang melampau boleh menyebabkan ketidakstabilan (perubahan warna, pengasingan bahan, dll.) dan haruslah dielakkan.
TARIKH PENGELUARAN/LUPUT
Hayat simpan produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, tempoh penggunaan yang disyorkan ialah 12 bulan.
ISI PADU
Botol 100ml dengan berbuli dan penutup berskru
BAHAN DAN KANDUNGAN
Air, Aluminum Klorohidrat, Ppg-3 Miristil Eter, Steareth-2, Steareth-20, Gliserina, Haruman, Glisina, Natrium Benzoat, Allantoin, Caprylic/Capric Triglyceride, Asid Laurik, Propilena Glikol, Butilena Glikol, Pentaeritritil Tetra-Di-T-Butil Hidroksihidrosinnamat, Bisabolol, Lesitin, Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Fenoksietanol, Ekstrak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Seramide Np, Beta-Sitosterol, Klorfenesin, Ekstrak Akar Zingiber Officinale (Halia), Tokoferol, Geraniol, Limonena, Linalool