Beyond Body Care, it's Body Nutrition
Sabun Ketul Protect
g&h Protect
Melindungi dan membersihkan kulit secara mendalam. Membersih dan menyahbau, g&h Protect menanggalkan kekotoran dan meneutralkan bau untuk kesegaran yang berpanjangan.

Harum dan lembut, sabun ketul ini menghasilkan buih yang kaya untuk menanggalkan kotoran, minyak dan bendasing secara berkesan. Sabun ini membuat kulit anda berasa lembut dan dirapikan dengan penampilan yang sihat. Selain itu, formula sabun yang tidak mengeringkan ini membantu mengekalkan perintang lembapan semula jadi kulit dan memastikan penghidratan yang seimbang.
Haruman eksklusif dengan Teknologi Peneutralan Bau membantu melawan bau dengan meneutralkan bau. Kulit berbau segar dan bersih setiap penggunaan.
Teh Hijau membantu memberikan perlindungan antioksidan manakala Prebiotik menyediakan sumber tenaga bagi membantu memupuk mikrobiom kulit yang lebih optimum.
Mengandungi Ekstrak Rosemary bagi membantu melegakan kulit dan gliserin berasaskan tumbuhan bagi membantu melembapkan jauh ke dalam.
Diuji oleh pakar dermatologi & Menjalani ujian alahan.
Dengan Bahan Plant-Based Goodness™
KESEIMBANGAN BERASASKAN TUMBUHAN
Prebiotik
Diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, campuran bahan prebiotik kami memberikan sumber tenaga untuk membantu memupuk mikrobiom kulit yang lebih teroptimum.
PATI BERASASKAN TUMBUHAN
Rosemary
Herba berperisa ini mempunyai bakat terpendam untuk membantu melegakan kulit.
NUTRIEN BERASASKAN TUMBUHAN
Ekstrak Teh Hijau yang Diluluskan Nutrilite
Botani berkuasa yang memberikan perlindungan antioksidan. Teh Hijau kami ditanam di ladang rakan kongsi yang diperakui NutriCert™, membolehkan Kebolehjejakan Biji Benih ke Kulit yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Ujian Pengguna
Dalam ujian pengguna bagi Sabun Ketul g&h Protect:
bersetuju bahawa produk ini membersihkan kulit dengan lembut.
bersetuju bahawa produk ini menghilangkan bau badan.

Selain itu, pengguna bersetuju:
Baik Untuk Anda dan
Alam Sekitar
Diformulasi TANPA:
  • Surfaktan Sulfat
  • Pewarna Tiruan
  • Minyak Mineral
  • Ftalat
  • Paraben
  • Alkohol
Berdaftar dengan The Vegan Society. Bebas daripada bahan yang terhasil daripada haiwan. Tiada ujian ke atas haiwan.
Usaha Kelestarian
Formula terbiodegradasikan.
Sila kitar semula! Karton kertas g&h boleh dikitar semula*.
*Di tempat kemudahan kitar semula tersedia; semak di kawasan setempat.
Mengandungi minyak sawit yang diperakui RSPO, yang telah dihasilkan mengikut kriteria alam sekitar dan sosial yang ketat.
MAKLUMAT LANJUT
CARA PENGGUNAAN
Basahkan sabun ketul, kemudian urut pada tangan anda untuk menghasilkan buih yang kaya. Ratakan buih pada seluruh kulit anda. Bilas. Elakkan daripada terkena mata.

Apabila sabun ketul hampir habis, gunakan ciri penjimat sabun pintar untuk menggabungkan dengan sabun ketul baharu anda.
PENYIMPANAN
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan terhindar daripada cahaya matahari. Semua produk telah dibangunkan agar stabil dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, haba atau sejuk yang melampau boleh menyebabkan ketidakstabilan (perubahan warna, pengasingan bahan, dll.) dan haruslah dielakkan.
TARIKH PENGELUARAN/LUPUT
Hayat simpan produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, tempoh penggunaan yang disyorkan ialah 12 bulan.
ISI PADU
Sabun ketul dibaluti kertas secara individu dengan kotak karton luar.
900g (6 x 150g)
BAHAN DAN KANDUNGAN
Natrium Palmat, Natrium Cocoate, Air/Akua/Eau, Gliserina, Natural Cocoyl Glycinate, Haruman/Parfum, Titanium Dioksida (Ci 77891), Natirum Klorida, Guar Hidroksipropiltrimonium Klorida, Caprylic/Capric Triglyceride, Asid Laurik, Pentasodium Pentetat, Tetrasodium Etidronate, Butilena Glikol, Lesitin, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Beta-Sitosterol, Seramide Np, Klorfenesin, Fenoksietanol, Ekstrak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Geraniol, Limonena, Linalool