Beyond Body Care, it's Body Nutrition
Pelindung Matahari UV
SPF 50+ Protect
g&h Protect
Melindungi dan membersihkan kulit yang tercemar secara mendalam. Membersih dan menyahbau, g&h Protect menanggalkan kekotoran dan meneutralkan bau untuk kesegaran yang berpanjangan.

Dengan perlindungan SPF 50+ spektrum luas daripada kedua-dua sinar UVA dan UVB, losen yang ringan ini mudah disapu untuk menutupi dan melindungi kulit anda secara menyeluruh. Formulanya yang cepat meresap, tidak melekit dan tidak berminyak mengandungi Prebiotik untuk memberikan sumber tenaga yang membantu memupuk mikrobiom kulit yang lebih teroptimum agar anda dapat berseronok di bawah sinar matahari dengan ketenangan fikiran.
Mengandungi Air Kompleks Cica dan gliserin berasaskan tumbuhan untuk membantu melembap dan melegakan kulit kering.
Sesuai untuk kegunaan harian.
Teh Hijau membantu memberikan perlindungan antioksidan, manakala Rosemary membantu melegakan kulit.
Diuji oleh pakar dermatologi & Menjalani ujian alahan.
Dengan Bahan Plant-Based Goodness™
AIR BERASASKAN TUMBUHAN
Air Kompleks Cica
Diperbuat daripada Cica (Centella asiatica) dan gliserin yang diperoleh daripada tumbuhan untuk membantu melegakan kulit.
KEPERLUAN BERASASKAN TUMBUHAN
Rosemary
Herba berperisa ini mempunyai bakat terpendam untuk membantu melegakan kulit.
NUTRIEN BERASASKAN TUMBUHAN
Ekstrak Teh Hijau yang Diluluskan Nutrilite
Botani berkuasa yang memberikan perlindungan antioksidan. Teh Hijau kami ditanam di ladang rakan kongsi yang diperakui NutriCert™, membolehkan Kebolehjejakan Biji Benih ke Kulit yang belum pernah berlaku sebelum ini.
KEPERLUAN BERASASKAN TUMBUHAN
Prebiotik
Diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, campuran bahan prebiotik kami memberikan sumber tenaga untuk membantu memupuk mikrobiom kulit yang lebih teroptimum.
Ujian Pengguna
Dalam ujian pengguna Pelindung Matahari UV SPF 50+ g&h Protect, pengguna bersetuju bahawa ia:
Baik Untuk Anda dan
Alam Sekitar
Diformulasi TANPA:
  • Surfaktan Sulfat
  • Pewarna Tiruan
  • Minyak Mineral
  • Ftalat
  • Paraben
Berdaftar dengan The Vegan Society. Bebas daripada bahan yang terhasil daripada haiwan. Tiada ujian ke atas haiwan.
Usaha Kelestarian
Formula terbiodegradasikan.
Sila kitar semula! Karton kertas g&h boleh dikitar semula*.
*Di tempat kemudahan kitar semula tersedia; semak di kawasan setempat.
Karton dihasilkan dengan kertas yang berasal dari hutan yang diurus secara mampan yang mengamalkan pengurusan hutan yang bertanggungjawab.
MAKLUMAT LANJUT
CARA PENGGUNAAN
Sapu dengan banyak sebelum terdedah kepada matahari. Sapu semula sekurang-kurangnya setiap dua jam.
PENYIMPANAN
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan terhindar daripada cahaya matahari. Semua produk telah dibangunkan agar stabil dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, haba atau sejuk yang melampau boleh menyebabkan ketidakstabilan (perubahan warna, pengasingan bahan, dll.) dan haruslah dielakkan.
TARIKH PENGELUARAN/LUPUT
Hayat simpan produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, tempoh penggunaan yang disyorkan ialah 12 bulan.
ISI PADU
Saiz Penuh: Tiub 100ml dengan penutup skru dan karton
BAHAN DAN KANDUNGAN
Air Tulen, oktokrilena, butiloksil salisilat, etilheksil salisilat, dietilaminohidroksibenzoilheksilbenzoat, bis-etilheksiloksifenolmetoksifeniltriazina, kopolimer akrilat, isoamil p-metil Toksisinamat, butilena glikol, titanium dioksida, setearil olivat, gliseril stearat, setearil alkohol, setil dimetikon, gliserin, sorbitan olivat, sorbitan stearat, haruman, kalium setil fosfat, Kaprilil glikol, koko-glukosida, etilheksilgliserin, PPG-17/IPDI/DMP A kopolimer, 1, 2-heksanediol, akrilat/C10-30 alkil akrilat silang polimer, trometamin, Asid laurik, kaprilik/kaprik trigliserida, propanediol, gam xantan, fruktosa, ekstrak Centella asiatica, glukosa, ekstrak bunga plum gandum, ekstrak teh hijau, heksilena glikol, ekstrak rosemary, ekstrak centella asiatica , asid kaprik, asid miristik, limonena, linalool, geraniol
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
Adakah Pelindung Matahari UV g&h Protect tahan air atau kalis air?
Tidak. Produk ini telah dibangunkan untuk memberikan perlindungan matahari standard industri tahap tertinggi di samping mempunyai tekstur yang benar-benar cantik.
Adakah Pelindung Matahari UV g&h Protect mesra laut atau mesra terumbu karang?
Oleh kerana pada masa ini tiada definisi global yang diterima yang mana bahan-bahan boleh dianggap mesra laut atau mesra terumbu karang, kami tidak dapat membuat dakwaan ini tentang formula kami. Memandangkan peraturan di seluruh dunia terus berubah, yakinlah bahawa kami menyemak bahan kami. Melindungi dunia kita ialah prinsip teras jenama g&h.
Adakah Pelindung Matahari UV g&h Protect adalah pelindung matahari kimia atau pelindung matahari fizikal?
Kedua-duanya! Ia diformulasi dengan gabungan kedua-dua ejen pelindung matahari kimia dan fizikal supaya ia dapat memberikan perlindungan matahari standard industri tahap tertinggi.
Bolehkah Pelindung Matahari UV g&h Protect digunakan pada muka?
Ia bagus untuk kanak-kanak dan ia selamat digunakan pada muka anda. Walau bagaimanapun, ramai orang dewasa lebih suka tekstur mesra muka produk ARTISTRY SKIN NUTRITION dengan pelindung matahari.