As gentle as a Mother's Touch
Losen G&H Baby
Lembut pada bayi berusia 6 bulan dan ke atas, losen yang melembapkan secara mendalam ini mengekalkan lembapan selama 24 jam. Ia membantu menguatkan perintang lembapan kulit bayi anda bagi membantu tahap penghidratan semula jadinya.

Teksturnya yang mudah meluncur dan tidak berminyak, membuatkan sentuhan kulit bayi berasa lembut, licin dan jelas kelihatan lembap. Losen ini sesuai untuk kegunaan harian, malahan telah diuji oleh pakar dermatologi dan menjalani ujian alergi – sangat selamat untuk si kecil anda.
Dengan Bahan Plant-Based Goodness™
AIR BERASASKAN TUMBUHAN
Air Kompleks Kalendula
Diperbuat daripada tumbuhan herba dalam keluarga daisi, ia membantu menguatkan perintang asid hialuronik untuk memberikan perlindungan lembapan untuk kulit agar dapat mencegah kehilangan lembapan lanjut.
KEPERLUAN BERASASKAN TUMBUHAN
Seramida Diperoleh daripada Minyak Zaitun
Seramida ialah sejenis molekul khusus yang memainkan peranan utama dalam mengekalkan tahap lembapan yang lebih tinggi dalam kulit. Ia membantu menguatkan perintang lembapan pelindung kulit bagi merangsang dan mengekalkan tahap lembapan yang lebih stabil dalam kulit bayi.
NUTRIEN BERASASKAN TUMBUHAN
Minyak Pati Kamomil
Lipid ialah sejenis molekul yang penting dalam perlindungan semula jadi kulit daripada tekanan luaran. Minyak Pati Kamomil daripada tumbuhan yang ditanam di ladang rakan kongsi yang diperakui NutriCert membantu menyokong perintang lipid agar dapat melindungi kulit daripada tekanan persekitaran.
DIPERTINGKATKAN DENGAN KOMPLEKS FITO
Kompleks Ekstrak Tunas Segar
Campuran ini termasuk ekstrak tunas daripada brokoli, alfalfa, kubis, gandum yang bertunas, bok choy dan tunas lobak bagi membantu melegakan kulit halus bayi.
Kompleks Ekstrak Penapaian Semula Jadi
Rumusan ini mengandungi Kompleks Ekstrak Penapaian Semula Jadi yang membantu untuk menenangkan kulit bayi yang halus.
Dengan Perlindungan Tiga Perintang untuk memelihara kulit halus
Perintang Asid Hialuronik (HA)
Melembapkan kulit bayi secara mendalam dan melindungi daripada kehilangan lembapan.
Perintang Seramida
Bahan istimewa yang dipanggil seramida membantu mengekalkan tahap lembapan yang stabil.
Perintang Lipid
Losen ini membantu menyokong perintang lipid untuk kulit bayi yang tampak lebih sihat.
Baik Untuk Anda dan Alam Sekitar
Dirumus TANPA:
  • Haruman
  • Surfaktan Sulfat
  • Pewarna Tiruan
  • Minyak Mineral
  • Ftalat
  • Paraben
Berdaftar dengan The Vegan Society. Bebas daripada bahan yang terhasil daripada haiwan.
Tiada ujian ke atas haiwan.
Usaha Kelestarian
Botol diperbuat dengan 30% bahan kitar semula.
Sila kitar semula! Botol g&h boleh dikitar semula* (kecuali pam).
*Di tempat kemudahan kitar semula tersedia; semak di kawasan setempat.
MAKLUMAT LANJUT
CARA MENGGUNA
Selepas dikeringkan dengan tuala, urut losen bayi perlahan-lahan ke seluruh badan bayi sambil mengelak kawasan mata.
PENGGUNAAN YANG DISASARKAN
Bayi dan kanak-kanak berusia 6 bulan dan ke atas
NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
Produk g&h Baby telah diformulasi untuk bayi dan kanak-kanak berusia 6 bulan dan ke atas. Usia termuda yang disyorkan mungkin berbeza-beza mengikut pasaran bergantung pada peraturan tempatan. Sila semak dengan Wakil Kawal Selia Teknikal tempatan anda untuk syarat umur tertentu.
PENYIMPANAN
Sebelum guna, produk g&h Baby hendaklah disimpan di tempat sejuk, kering dan jauh daripada sinaran matahari. Semua produk telah dibangunkan agar stabil di bawah keadaan normal. Walau bagaimanapun, panas atau sejuk yang melampau boleh menyebabkan ketidakstabilan (perubahan warna, pengasingan bahan, dll.) dan harus dielakkan.
TARIKH PENGELUARAN/LUPUT
Hayat simpan produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, tempoh penggunaan yang disyorkan ialah 12 bulan.
ISI PADU
Saiz penuh: 400ml botol dengan pam.
BAHAN-BAHAN
Air, Gliserin, Minyak Biji Helianthus Annuus (Bunga Matahari), Poligliseril-3 Distearat, 1,2-Heksanediol, Alkohol Setil, Dimethicone, Alkohol Stearil, Karbomer, Arginina, Alkohol Miristil, Etilheksilgliserin, Gliseril Stearat Sitrat, Butilena Glikol, Alkohol Lauril, Propanediol, Disodium EDTA, Ekstrak Glechoma Hederacea, Minyak Buah Olea Europaea (Zaitun), Minyak Bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), Seramida NP, Ekstrak Penapaian Saccharomyces/Viscum Album (Mistletoe), Laktobasilus/Ekstrak Penapaian Kacang Soya, Phytosphingosine, Ekstrak Bunga Calendula Officinalis, Saccharomyces/ Ekstrak Penapaian Akar Imperata Cylindrica, Lesitin Terhidrogen, Ekstrak Tunas Triticum Vulgare (Gandum), Ekstrak Daun Brassica Oleracea Capitata (Kubis), Ekstrak Brassica Oleracea Italica (Brokoli), Ekstrak Medicago Sativa (Alfalfa), Ekstrak Biji Raphanus Sativus (Lobak), Ekstrak Brassica Campestris (Rapeseed), Minyak Biji Salvia Hispanica, Tokoferol