Nipis, tebal, bersayap, semula jadi, garis air - ARTISTRY GO VIBRANT Waterproof Pencil Eyeliner sedia untuk memberikan Kecantikan yang Sihat untuk setiap garisan.
Pensel automatik berputar menyerlahkan hujung 2mm yang sangat licin bagaikan mentega malah meluncur dengan mudah lalu melukiskan garisan cantik dan jelas yang menyerlahkan setiap bentuk mata.
Solekan mata yang kalis air, tahan comot dan tidak meninggalkan kesan memastikan warna yang sangat terang, tahan malah menakjubkan sehingga 10 jam.
Black
Brown
Memperkenalkan Kompleks Phyto-Proof, penyelesaian kalis air berasaskan tumbuhan. Rumusan inovasi ini mengandungi gabungan unik lilin gentian dan botani yang dihasilkan daripada tumbuhan untuk pemakaian yang tahan lama, tahan comot dan tidak meninggalkan kesan. Selepas pemakaian, Kompleks Phyto-Proof membentuk matriks kalis air untuk pemakaian yang tahan lama sehingga 10 jam.
Rumusan ini mengandungi campuran bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan yang dipilih dengan teliti bagi menyokong rupa mata yang sihat.
Rumusan vegan ini memenuhi standard ARTISTRY Clean, satu set garis panduan ketat yang memastikan produk ARTISTRY tulen, selamat dan berkesan. Ia dirumus tanpa minyak mineral, paraben, ftalat atau mana-mana daripada lebih 1,300 bahan terlarang dalam Senarai Larangan kami. Ia juga bebas pewangi. Tidak mengandungi bahan yang dihasilkan daripada haiwan; berdaftar dengan Vegan Society. Tidak diuji ke atas haiwan.
DIRUMUS TANPA KARBON HITAM ATAU TALKUM
Dua bahan yang meragukan ini amat biasa dalam produk mata kerana sifat khususnya yang menjadikan bahan tersebut sukar untuk diganti. Tetapi Karbon Hitam dan Talkum telah dikaitkan dengan masalah kesihatan. Kepakaran luar biasa pasukan kami telah membolehkan kami mencipta rumusan untuk mata yang inovatif, bersih dan vegan yang memberikan prestasi yang diharapkan oleh pelanggan sambil membawa kecantikan yang bersih ke tahap seterusnya.
Wanita menyukai ARTISTRY GO VIBRANT Waterproof Pencil Eyeliner!
*Selepas 1 minggu dalam ujian pengguna ke atas 106 orang wanita menggunakan rona Natural Black.
Tanggalkan penggaris mata dengan penanggal solekan mata berasaskan minyak.