SEMARAKKAN HARI ANDA
Minuman Tenaga XS Mango Pineapple Guava
Minuman Tenaga XS dicipta untuk memberikan letusan tenaga yang hebat dalam perisa yang lazat. Dengan pati buah-buahan yang sejuk lagi menyegarkan, sedikit berkarbonat untuk membangkitkan tunas rasa anda, Minuman Tenaga XS adalah minuman pilihan anda untuk merangsang tenaga!
MINUMAN TENAGA XS - ALTERNATIF LEBIH SIHAT ANDA
Minuman Tenaga XS sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Minuman ini mengandungi berbilang Vitamin B untuk membantu menyokong laluan pengeluaran tenaga dalaman tubuh kita. Semarakkan pengembaraan anda dan jalani kehidupan yang penuh bermakna dengan Minuman Tenaga XS!
BUKAN SEKADAR MINUMAN TENAGA
Minuman Tenaga XS mengandungi vitamin penting yang diperlukan oleh badan anda seperti: (i) Vitamin B2 (Riboflavin) – Komponen penting yang digunakan untuk membantu tubuh anda menukar makanan yang anda makan menjadi tenaga. Ia juga penting untuk fungsi sel, pertumbuhan dan perkembangan. (ii) Vitamin B3 (Nicotinamide) – Nikotinamida adalah penting untuk metabolisme karbohidrat dan lemak menjadi tenaga. (iii) Vitamin B5 (Pantothenic Acid) – Diperlukan untuk sintesis koenzim A (CoA) dan protein pengangkut asil, yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. (iv) Vitamin B6 (Pyridoxine) – Diperlukan untuk 100+ tindak balas metabolisme di dalam tubuh. Vitamin B6 bertindak sebagai koenzim dalam penguraian dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protein. (v) Vitamin B12 (Cyanocobalamin) – Faktor bersama untuk dua enzim yang diperlukan untuk memangkinkan banyak tindak balas yang memberi kesan kepada metabolisme protein dan lemak serta sintesis DNA. Vitamin B12 adalah penting untuk pembentukan darah dan fungsi neurologi yang normal.
Cara Mengguna
Sila minum seberapa segera selepas dibuka. Rasa Minuman Tenaga XS lebih enak apabila disejukkan.
Penyimpanan
Simpan di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin dan kering.
Tarikh Pengeluaran/Luput
Tarikh luput dicetak di bahagian bawah tin.
Saiz Karton
4 pek mengandungi 6 tin setiap satu (24 tin setiap kotak) atau 1 pek mengandungi 6 tin setiap satu

TENAGA PREMIUM, LETUSAN RASA

Pacu hari anda dengan XS, minuman tenaga baru pilihan anda yang memastikan anda terus bertenaga tanpa gula atau kalori.