Kepala Katil dan Divan Chiromax Luxe Serenity Dreamland
(Tanpa Penyimpanan, Dengan Kaki Divan)

Secara eksklusif untuk
 

Kepala Katil dan Divan Chiromax Luxe Serenity Dreamland bukan sekadar menambah kecantikan kepada bilik anda. Set ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi bagi memastikan kekuatan, kebolehpercayaan dan sokongan optimum untuk tulang belakang anda apabila digunakan dengan Tilam Chiromax Luxe Serenity Dreamland. Kukuh dan mudah diselenggara, set ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Kukuh & tahan lasak dengan reka bentuk eksklusif

Menampilkan reka bentuk yang bergaya dengan estetik kontemporari, Kepala Katil dan Divan Chiromax Luxe Serenity Dreamland dibina agar kuat dan tahan lama. Terima kasih kepada rawatan fabriknya yang termaju, ia juga sangat mudah diselenggarakan. ​

Tidak Telap Air & Penanggal Kesan Kotoran (Archroma, Jerman)

Cetusan idea Archroma, Jerman, rawatan ini diinspirasikan daripada daun teratai. Struktur 3D mikroskopik fabrik memberikan rintangan cecair yang tahan lasak agar tekstil kekal kering. Bebas PFC, ia selamat untuk anda dan alam sekitar manakala rasa lembut fabrik pada tangan dan lut udara menjadikan waktu tidur anda sangat selesa ​

Fungsi & Gaya dalam 3 Saiz

Tersedia dalam saiz Bujang, Kelamin dan Besar, Kepala Katil dan Divan Chiromax Luxe Serenity Dreamland digemari kerana kepala katil yang panjang, kaki divan kayu padu dan divan atas antigelincir.

BESAR
KELAMIN
BUJANG

Naik taraf divan anda dengan penyimpanan elegan

Suka akan reka bentuk tersuai dengan ketukangan yang kemas dan rapi? Naik taraf Kepala Katil dan Divan Chiromax Luxe Serenity Dreamland anda dengan ruang penyimpanan. Bergaya dan bijak, ia hebat untuk mengatur peralatan tempat tidur anda dan banyak lagi. ​

MAKLUMAT LANJUT
Penting
Produk Chiromax Luxe Serenity Dreamland tidak boleh digunakan secara bertukar ganti dengan produk Chiromax Wellness Dreamland disebabkan oleh variasi ketinggian tilam serta ketebalan upholsteri, yang berisiko menyebabkan peletakan tilam yang tidak betul pada divan dan berpotensi membatalkan waranti tilam.


Panduan Penjagaan & Penyelenggaraan
Menyelenggara kepala katil dan divan anda dengan betul dapat membantu memanjangkan jangka hayatnya dan memastikan persekitaran tidur yang selesa dan bersih. Berikut ialah beberapa petua untuk menyelenggara kepala katil dan divan anda:

Elakkan daripada Melompat di atas Katil

Jangan galakkan kanak-kanak (dan dewasa) melompat atau berdiri di atas katil kerana ini boleh menyebabkan kerosakan pada kepala katil dan divan serta mengurangkan jangka hayatnya.


Basuh Linen Tempat Tidur dengan Kerap
Bersihkan linen tempat tidur anda termasuk pelindung tilam, cadar dan sarung bantal dengan kerap bagi mencegah pengumpulan peluh, sel kulit mati, pepijat dan alergen di atas tilam yang berpotensi dipindahkan ke kepala katil dan divan.

Elakkan daripada Memvakum Kepala Katil dan Divan Anda
Sesetengah pembersih vakum, terutamanya yang mempunyai alat tambah yang kasar dan melelas boleh menimbulkan risiko kerosakan fabrik atau jahitan kepala katil dan divan. Menggunakan alat tambah berus pada pembersih vakum boleh menyebabkan pembentukan bebola benang (pil) pada fabrik kepala katil dan divan.

Selain itu, fabrik kepala katil dan divan mengandungi pengisi benang halus yang boleh divakum keluar, berpotensi menjejaskan rasa lembut kepala katil dan divan tersebut. Tambahan pula, lapisan selesa yang terdiri daripada bahan halus seperti lateks asli tidak sesuai untuk divakum.

Anginkan Kepala Katil dan Divan Anda
Kepala katil dan divan anda tidak perlu dianginkan tetapi jika anda merasakan perlu, hanya biarkan kepala katil dan divan tidak bertutup dalam bilik tidur anda. Elakkan daripada mendedahkan kepala katil dan divan kepada sinaran matahari kerana ini boleh menyebabkan pengoksidaan lapisan selesa yang berpotensi menjejaskan prestasinya.

Tangani Kesan Kotoran dengan Berhati-hati
Kepala Katil dan Divan Chiromax Luxe Serenity Dreamland mempunyai lapisan yang kuat namun lut udara bagi melindunginya daripada tumpahan dan kesan kotoran. Anda hanya perlu mengelap dengan kain lembap untuk tumpahan kecil. Jika terdapat kesan kotoran yang degil pada kepala katil dan divan anda, cuba bersihkan dengan segera menggunakan detergen lembut dan kain lembap.

Elakkan daripada Semburan Pensanitasi Bahan Kimia
Jangan gunakan semburan pensanitasi bahan kimia pada kepala katil dan divan. Semburan dengan bahan kimia kasar boleh memberi kesan negatif pada fabrik, prestasi rawatan dan lapisan selesa. Malahan kerosakan sedemikian tidak akan dilindungi oleh waranti.

Anda boleh membantu memastikan kepala katil dan divan anda kekal selesa, bersih dan menyokong untuk tempoh yang lebih panjang dengan mengikuti petua ini.

Kepala Katil
  • Bujang: 1215mm (T) x 1015mm (L) x 210mm (D)
  • Kelamin: 1215mm (T) x 1615mm (L) x 210mm (D)
  • Besar: 1820mm (L) x 1910mm (P) x 335mm (T)

Divan (Tanpa Penyimpanan, Dengan Kaki Divan)
  • Bujang: 920mm (L) x 1910mm (P) x 335mm (T)
  • Kelamin: 1520mm (L) x 1910mm (P) x 335mm (T)
  • Besar: 1820mm (L) x 1910mm (P) x 335mm (T)

Catatan:
Tinggi divan 21cm & tinggi kaki 12.5cm. Saiz Kelamin dan Besar, sebelum pemasangan: Set saiz Kelamin terdiri daripada 2 x Divan Bujang + 1 x Kepala Katil Kelamin. Set saiz Besar terdiri daripada 2 x Divan Bujang + 1 x Kepala Katil Besar.

Produk ini dihantar oleh Dreamland. Sila berikan 5-7 hari bekerja dari tarikh pembayaran anda untuk penghantaran.

Layari www.dreamlandbook.com.my dan pilih tarikh dan masa penghantaran mengikut keselesaan anda. Tonton panduan ini untuk maklumat lanjut:  https://youtu.be/-LU5LPolb-o

Nota: Ciri ini hanya tersedia untuk Malaysia Barat. Untuk penghantaran di Malaysia Timur, Kedai Amway yang memberikan perkhidmatan akan menghubungi anda untuk menjadualkan janji temu penghantaran anda.

Produk yang dibeli mesti dihantar dan dipasang dalam masa 3 bulan dari tarikh pembelian. Jika tidak, pesanan akan dibatalkan. Amway berhak untuk membatalkan pesanan tidak dihantar yang melebihi tempoh tangguh penghantaran.

*Perkhidmatan pemasangan dan penghantaran TIDAK TERSEDIA untuk poskod/kawasan ini:

Negeri Kawasan Poskod
Miri Long Lama 98300
Bario 98060
Mulu 98070
Lapok 93000
Bintulu Sebauh – Pekan Sebauh, Labang, Pandan, Tubau 97100
Tatau – Pekan Tatau, Kampung Dagang, Kuala Tatau, Kakus 97200
Belaga – Pekan Belaga, Sungai Asap, Bakun 96950
Samalaju 97000
Sibu Pakan 96510
Kota Kinabalu Telupid – Sapi Nangoh dan kawasan sekitar. 89100
Miri
Kawasan Poskod
Long Lama 98300
Borio 98060
Mulu 98070
Lapok 93000

Bintulu
Kawasan Poskod
Sebauh – Pekan Sebauh, Labang, Pandan, Tubau 97100
Tatau – Pekan Tatau, Kampung Dagang, Kuala Tatau, Kakus 97200
Belaga – Pekan Belaga, Sungai Asap, Bakun 96950
Samalaju 97000

Sibu
Kawasan Poskod
Pakan 96510

Kota Kinabalu
Kawasan Poskod
Telupid – Sapi Nangoh and surrounding area 89100
Waranti 1 tahun terhadap kerosakan pengilangan.