Penjaga Gerbang Badan ke arah Kesihatan yang Baik – Penyelesaian 3 Langkah Holistik GLISTER
Produk penjagaan mulut GLISTER yang memanfaatkan kuasa sains \dan Plant-Based Goodness™ ini menawarkan penyelesaian lengkap untuk senyuman yang sihat. Rumusan kami yang terbukti lembut lagi berkesan turut mengandungi bahan botani yang menyenangkan deria. Sokonglah keseimbangan mikrobiom kedua terbesar badan anda yang begitu halus dengan sistem Penjagaan Mulut GLISTER 3 langkah yang terbukti secara klinikal!
Pendekatan Dua Serampang untuk Melindungi Kesihatan Mulut Anda
Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER memastikan mikrobiom mulut anda berada dalam keadaan seimbang dengan Tindakan Perlindungan Berganda agar dapat merawat gejala serta menangani punca masalah gusi:
Probiotik menangani punca masalah gusi dengan mencegah plak gigi. Ia menghalang pembentukan biofilem patogenik untuk mengurangkan plak gigi.
Faktor perlindungan gusi merawat gejala dengan melegakan ketidakselesaan gusi. Faktor-faktor ini memelihara gusi anda, mengurangkan masalah gusi dan melindungi kesihatan gusi.
Ubat gigi ini turut membantu menggalakkan gusi yang sihat dan meningkatkan kesihatan mulut anda secara keseluruhan apabila digunakan sebagai sebahagian daripada Sistem Penjagaan Mulut GLISTER.

Ubat gigi berfluorida yang disukai ramai di seluruh dunia ini mempunyai rasa yang enak dan memberikan rasa yang menyenangkan ketika anda memberus gigi. Ia juga membuatkan gigi anda terasa bersih dan licin secara keseluruhan. Paling penting, ubat gigi ini menyokong keseimbangan sihat mikrobiom mulut yang unik dan dengan kerap memberus, ia dapat membantu menanggalkan plak yang menyebabkan kaviti.
Penjagaan Mulut yang Terbukti dengan Bahan Plant-Based Goodness & Rumusan Fluorida REMINACT
Dengan Plant-Based Goodness untuk nafas segar berpanjangan:
  • Ekstrak teh putih yang dipilih dengan teliti untuk rasa kesan yang menyegarkan dan tahan lama
  • 95% subjek bersetuju bahawa produk ini meninggalkan aroma di dalam mulut yang berpanjangan
  • Sifar bahan tambahan
  • Bahan yang lebih lembut
Rumusan fluorida REMINACT untuk gigi yang lebih kuat:
  • Menggalakkan pemineralan semula gigi
  • Menguatkan enamel untuk melindungi daripada kerosakan gigi dengan berkesan
  • Meningkatkan kekerasan permukaan gigi sebanyak 118.32%
Ujian pengguna:
Dikendalikan oleh Shaanxi Biocell General Testing Co., Ltd
Pendekatan yang Lebih Bersih untuk Kebersihan Mulut
Rumusan Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER kini bebas daripada:
  • Paraben
  • Alkohol
  • Peroksida
  • Gula
  • Bahan yang dihasilkan daripada haiwan
Kelestarian Dengan Senyuman
Sila kitar semua karton – kertas kami boleh dikitar semula di tempat yang menyediakan kemudahan.

Karton kami dihasilkan menggunakan kertas dari hutan yang diurus secara mampan serta mengamalkan pengurusan hutan yang bertanggungjawab.

MAKLUMAT LANJUT
CARA GUNA
Produk ini adalah untuk LANGKAH 1: BERUS bagi Sistem Penjagaan Mulut GLISTER. Gunakan setiap pagi dan malam.
  • Picit ubat gigi pada bulu berus dan posisikan berus gigi anda dengan kecondongan 45° daripada gusi. Berus ke kiri dan ke kanan dalam gerakan membulat selama sekurang-kurangnya 2 minit. Jangan lupa berus gusi dengan lembut juga.
  • Berus permukaan luar gigi, permukaan dalam gigi dan permukaan gigi untuk mengunyah.
  • Gunakan hujung berus gigi untuk membersihkan permukaan dalam gigi hadapan, menggunakan gerakan atas dan bawah yang lembut.
  • Akhir sekali, menggunakan permukaan lembut yang bertekstur di belakang berus gigi, bersihkan lidah anda untuk menyingkirkan bakteria dan menyegarkan nafas anda
PENGGUNA YANG DISASARKAN
Untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.
NASIHAT / LANGKAH BERJAGA-JAGA
Orang Dewasa dan Kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas: Berus gigi dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor gigi atau pakar perubatan. Kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun: Gunakan hanya sebesar kacang pis dan awasi cara kanak-kanak tersebut memberus dan berkumur (untuk kurangkan menelan). Berkumur dengan air selepas memberus.
ISIPADU
200g
BAHAN
Air, Sorbitol, Silika Terhidrat, Gliserin, Propilena Glikol, Natrium Lauril Sulfat, Haruman, PEG-8, Xilitol, Gam Selulosa, Titanium Dioksida (CI 77891), Natrium Benzoat, Natrium Fluorida, Natrium Sakarin, Gam Xantan, Maltodekstrin, Laktobasilus, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, CI 47005, CI 42053.