Untuk kegunaan di rumah sahaja.
Waranti:
- Waranti 2 tahun terhadap kerosakan pengilangan dan alat ganti sahaja.
- Waranti 10 tahun terhadap kerosakan pengilangan pada bahan keluli tanpa karat.
Terma & Syarat Waranti
Kuali Leper dan Periuk Semua Dalam Satu Tefal, perkakas dapur bersama-sama aksesorinya
dilindungi oleh Tefal terhadap sebarang kerosakan bahan atau pengilangan selama
2 tahun dari tarikh pembelian atau penghantaran, di negara ia dibeli. Sekiranya berlaku
masalah, pengguna mestilah menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Tefal setempat. Apabila
produk diterima dan waranti serta kerosakan disahkan, produk baharu atau setara akan
dihantar sebagai ganti, atau pembaikan akan dilaksanakan. Di bawah terma waranti ini,
Tefal tidak mempunyai sebarang tanggungjawab lanjut selain daripada menggantikan produk
yang rosak. Tefal tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk menggantikan mana-mana
produk yang tidak disertakan dengan bukti pembelian yang sah.
Pengecualian:
Waranti komersial ini tidak melindungi kerosakan yang timbul daripada hentakan,
penggunaan yang tidak betul, kegagalan mematuhi arahan penggunaan dan penyelenggaraan
atau akibat pengubahsuaian atau pembaikan yang tidak dibenarkan. Ia juga tidak termasuk
haus dan lusuh produk yang biasa, mahupun kes berikut:
- Pemanasan lampau akibat pendedahan yang berpanjangan
kepada haba daripada api atau apabila kosong
- Kesan kotoran, perubahan warna atau calar pada bahagian dalam atau luar
- Sebarang kemalangan yang disebabkan oleh kebakaran, banjir,
perbuatan manusia atau semula jadi dsb.
- Habuk atau serangga yang memasuki produk (tidak termasuk peralatan dengan
ciri yang direka bentuk khas untuk serangga)
- enggunaan profesional atau di tempat kerja
- Kerosakan semasa produk diketuk atau terjatuh
- Kerosakan akibat kejutan terma
Waranti adalah terhad kepada Pembaikan atau Penggantian produk Tefal untuk
mengurus masalah yang disebabkan oleh kerosakan pengilangan produk.
- Tiada waranti pembaikan atau servis di lokasi (pintu ke pintu) untuk pelanggan.
- Tiada penggantian automatik untuk sebarang produk melainkan penyedia servis
Tefal yang sah (pusat) dimaklumkan.
- Sebarang produk yang rosak dalam masa 10 hari selepas pembelian dengan
bukti bahawa ia di bawah waranti berserta resit akan diberikan penggantian
baharu sesudah diperiksa dan disahkan oleh penyedia servis Tefal yang sah (pusat).
- Produk berkenaan hendaklah dibawa oleh pelanggan ke pusat servis Tefal (Senarai Pembaik | Tefal)
untuk pemeriksaan dokumen waranti dan pembaikan.
- Jika produk boleh dibaiki, ia akan dibaiki dan dikembalikan kepada pengguna akhir oleh
pusat servis Tefal (Senarai Pembaik | Tefal).
- Untuk produk di bawah waranti, bayaran untuk pusat servis tidak akan dikenakan.
- Untuk pembaikan di luar waranti, pusat servis akan mengenakan bayaran kos kepada pelanggan.
Waranti peralatan memasak tak melekat:
Salutan tak melekat dilindungi selama 2 tahun terhadap pelepuhan dan pengelupasan.
Waranti ini tidak melindungi masalah melekat atau kerosakan akibat penggunaan yang
salah atau sebarang hal yang disenaraikan di atas. Tefal memastikan salutan tak
melekat mematuhi peraturan yang meliputi bahan yang menyentuh makanan.
Waranti tambahan untuk produk Jamie Oliver yang diperbuat daripada keluli tahan karat:
Produk keluli tahan karat Jamie Oliver by Tefal mempunyai waranti 10 tahun dari
tarikh pembelian atau penghantaran, terhadap sebarang bahan yang rosak atau
mutu buatan yang kurang baik berkaitan bahan keluli tahan karat, dengan syarat
produk itu digunakan menurut arahan produk yang disarankan oleh pengilang.
Waranti ini tidak termasuk sebarang kerosakan akibat penggunaan yang tidak sesuai
atau diketuk, terjatuh, kekuningan dan kebiruan, atau dalam hal pengecualian lain
yang disenaraikan dalam waranti Tefal di atas.
Cara Menuntut Waranti:
- Hantarkan e-mel ke gsmconsumer@groupeseb.com atau WhatsApp
penasihat dalam talian Tefal (https://bit.ly/AskTefalNow)
atau hubungi Talian penting pusat perkhidmatan pelanggan (CCD) (Senarai Pembaik | Tefal)
Pertanyaan Umum
gsmconsumer@groupeseb.com
Isnin – Jumaat, 9am – 5pm (kecuali cuti umum)
WhatsApp
Isnin – Sabtu, 8.30am – 4.30pm (kecuali cuti umum)
- Produk hendaklah dibawa oleh pelanggan ke pusat servis
Tefal untuk pemeriksaan dokumen waranti dan pembaikan.
Lokasi pusat servis Tefal: (Senarai Pembaik | Tefal)
- Untuk Brunei, sila pulangkan produk yang rosak ke Kedai Amway Brunei.
Kedai Amway Brunei akan menggabungkan item dan menghantar produk tersebut
ke Miri (Pusat servis Tefal) menggunakan kurier untuk diservis. Proses ini
akan mengambil kira-kira 1 bulan untuk dikembalikan ke Amway Brunei.
- Jika produk boleh dibaiki, ia akan dibaiki dan dikembalikan kepada pengguna
akhir oleh pusat servis Tefal (Senarai Pembaik | Tefal)