MEMASAK BERSAMA SEJAK 2003
MEMASAK BERSAMA
SEJAK 2003
“Saya telah bekerjasama dengan Tefal selama hampir dua dekad. Saya sukakan kuali mereka – kuali Tefal menjadi pilihan saya untuk memasak setiap hari di rumah. Bersama-sama, kami membangunkan beberapa peralatan memasak yang hebat, yang saya harap dapat memberi inspirasi kepada anda di dapur sendiri. Selain itu, dan yang paling penting, kami berdua mempunyai misi yang sama iaitu menginginkan lebih ramai orang memasak makanan yang lazat lagi berkhasiat daripada bahan asas.”

- Jamie Oliver
Cef selebriti Inggeris,
mantan pemilik restoran dan penulis buku masakan
Salutan tak melekat tahan lama yang mengandungi
titanium untuk hidangan yang sihat selama bertahun-tahun. Ia tidak memerlukan langsung atau sedikit sahaja minyak masak bagi menggalakkan gaya hidup dan diet yang lebih sihat.
Salutan tak melekat yang selamat
tanpa asid perfluorooktanoik (PFOA), tanpa plumbum dan kadmium*.
Sesuai dengan dapur gas, elektrik dan aruhan
berserta teknologi sepadu Thermo-Fusion Tefal untuk pengagihan haba yang sekata dan memasak yang efisien.
Reka bentuk mesra pengguna
dengan teknologi Thermo-Signal untuk menunjukkan suhu memasak optimum, memastikan ramuan segar anda mengekalkan khasiatnya tanpa terlebih masak.
Sesuai untuk memasak sos, stew, sup, hidangan yang ditumis-reneh dan juga paella yang sihat.
Reka bentuk yang elegan dan tahan lama
daripada memasak di atas dapur kepada membakar di dalam ketuhar dan menghidangkan terus sajian di atas meja makan.
Didatangkan dengan penutup yang diperbuat daripada keluli tahan karat
yang sangat bagus untuk mengekalkan haba.
Pemegang berivet keluli tahan karat
untuk pengendalian yang lebih selamat.
*Kawalan yang lebih ketat daripada kawalan yang dikehendaki oleh peraturan sentuhan makanan semasa.
PWP
Set Spatula 4 batang
Tefal Ingenio
Dapatkan Set Spatula 4 batang Tefal Ingenio pada harga RM59/B$18 (Tiada PV/BV), bernilai RM119/B$36, apabila anda membeli mana-mana Peralatan Memasak Tefal Jamie Oliver.
Set Spatula 4 batang Tefal Ingenio terdiri daripada:
1 batang senduk
1 batang Sudu Penapis
1 batang Sudip
1 batang Sudu
Ciri-ciri:
  • Tahan haba sehingga 230°C
  • Tiada BPA berbahaya atau ftalat
  • Pembuatan yang teguh dan tahan lama
  • Dengan cincin silikon pada pemegang untuk meletakkan alatan ini pada bibir kuali anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk kegunaan di rumah sahaja.
Waranti:
  • Waranti 2 tahun terhadap kerosakan pengilangan dan alat ganti sahaja.
  • Waranti 10 tahun terhadap kerosakan pengilangan pada bahan keluli tanpa karat.
Sila daftar untuk waranti 2 tahun melalui pautan di bawah:
Pautan untuk mendaftar e-waranti Tefal: Pendaftaran E-waranti | TEFAL
Terma & Syarat Waranti
Kuali Leper dan Periuk Semua Dalam Satu Tefal, perkakas dapur bersama-sama aksesorinya dilindungi oleh Tefal terhadap sebarang kerosakan bahan atau pengilangan selama 2 tahun dari tarikh pembelian atau penghantaran, di negara ia dibeli. Sekiranya berlaku masalah, pengguna mestilah menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Tefal setempat. Apabila produk diterima dan waranti serta kerosakan disahkan, produk baharu atau setara akan dihantar sebagai ganti, atau pembaikan akan dilaksanakan. Di bawah terma waranti ini, Tefal tidak mempunyai sebarang tanggungjawab lanjut selain daripada menggantikan produk yang rosak. Tefal tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk menggantikan mana-mana produk yang tidak disertakan dengan bukti pembelian yang sah.
Pengecualian:
Waranti komersial ini tidak melindungi kerosakan yang timbul daripada hentakan, penggunaan yang tidak betul, kegagalan mematuhi arahan penggunaan dan penyelenggaraan atau akibat pengubahsuaian atau pembaikan yang tidak dibenarkan. Ia juga tidak termasuk haus dan lusuh produk yang biasa, mahupun kes berikut:
  • Pemanasan lampau akibat pendedahan yang berpanjangan kepada haba daripada api atau apabila kosong
  • Kesan kotoran, perubahan warna atau calar pada bahagian dalam atau luar
  • Sebarang kemalangan yang disebabkan oleh kebakaran, banjir, perbuatan manusia atau semula jadi dsb.
  • Habuk atau serangga yang memasuki produk (tidak termasuk peralatan dengan ciri yang direka bentuk khas untuk serangga)
  • enggunaan profesional atau di tempat kerja
  • Kerosakan semasa produk diketuk atau terjatuh
  • Kerosakan akibat kejutan terma
Waranti adalah terhad kepada Pembaikan atau Penggantian produk Tefal untuk mengurus masalah yang disebabkan oleh kerosakan pengilangan produk.
  • Tiada waranti pembaikan atau servis di lokasi (pintu ke pintu) untuk pelanggan.
  • Tiada penggantian automatik untuk sebarang produk melainkan penyedia servis Tefal yang sah (pusat) dimaklumkan.
  • Sebarang produk yang rosak dalam masa 10 hari selepas pembelian dengan bukti bahawa ia di bawah waranti berserta resit akan diberikan penggantian baharu sesudah diperiksa dan disahkan oleh penyedia servis Tefal yang sah (pusat).
  • Produk berkenaan hendaklah dibawa oleh pelanggan ke pusat servis Tefal (Senarai Pembaik | Tefal) untuk pemeriksaan dokumen waranti dan pembaikan.
  • Jika produk boleh dibaiki, ia akan dibaiki dan dikembalikan kepada pengguna akhir oleh pusat servis Tefal (Senarai Pembaik | Tefal).
  • Untuk produk di bawah waranti, bayaran untuk pusat servis tidak akan dikenakan.
  • Untuk pembaikan di luar waranti, pusat servis akan mengenakan bayaran kos kepada pelanggan.
Waranti peralatan memasak tak melekat:
Salutan tak melekat dilindungi selama 2 tahun terhadap pelepuhan dan pengelupasan. Waranti ini tidak melindungi masalah melekat atau kerosakan akibat penggunaan yang salah atau sebarang hal yang disenaraikan di atas. Tefal memastikan salutan tak melekat mematuhi peraturan yang meliputi bahan yang menyentuh makanan.
Waranti tambahan untuk produk Jamie Oliver yang diperbuat daripada keluli tahan karat:
Produk keluli tahan karat Jamie Oliver by Tefal mempunyai waranti 10 tahun dari tarikh pembelian atau penghantaran, terhadap sebarang bahan yang rosak atau mutu buatan yang kurang baik berkaitan bahan keluli tahan karat, dengan syarat produk itu digunakan menurut arahan produk yang disarankan oleh pengilang. Waranti ini tidak termasuk sebarang kerosakan akibat penggunaan yang tidak sesuai atau diketuk, terjatuh, kekuningan dan kebiruan, atau dalam hal pengecualian lain yang disenaraikan dalam waranti Tefal di atas.
Cara Menuntut Waranti:
  • Hantarkan e-mel ke gsmconsumer@groupeseb.com atau WhatsApp penasihat dalam talian Tefal (https://bit.ly/AskTefalNow) atau hubungi Talian penting pusat perkhidmatan pelanggan (CCD) (Senarai Pembaik | Tefal)
    Pertanyaan Umum
    gsmconsumer@groupeseb.com
    Isnin – Jumaat, 9am – 5pm (kecuali cuti umum)
    WhatsApp
    Isnin – Sabtu, 8.30am – 4.30pm (kecuali cuti umum)
  • Produk hendaklah dibawa oleh pelanggan ke pusat servis Tefal untuk pemeriksaan dokumen waranti dan pembaikan.
    Lokasi pusat servis Tefal: (Senarai Pembaik | Tefal)
  • Untuk Brunei, sila pulangkan produk yang rosak ke Kedai Amway Brunei. Kedai Amway Brunei akan menggabungkan item dan menghantar produk tersebut ke Miri (Pusat servis Tefal) menggunakan kurier untuk diservis. Proses ini akan mengambil kira-kira 1 bulan untuk dikembalikan ke Amway Brunei.
  • Jika produk boleh dibaiki, ia akan dibaiki dan dikembalikan kepada pengguna akhir oleh pusat servis Tefal (Senarai Pembaik | Tefal)