Penjaga Gerbang Badan ke arah Kesihatan yang Baik – Penyelesaian 3 Langkah Holistik GLISTER
Produk penjagaan mulut GLISTER yang memanfaatkan kuasa sains dan Plant-Based Goodness™ ini menawarkan penyelesaian lengkap untuk senyuman yang sihat. Rumusan kami yang terbukti lembut lagi berkesan turut mengandungi bahan botani yang menyenangkan deria. Sokonglah keseimbangan mikrobiom kedua terbesar badan anda yang begitu halus dengan sistem Penjagaan Mulut GLISTER 3 langkah yang terbukti secara klinikal!
Ciri & Manfaat
Kekuatan tegangan yang tinggi
Tahan carik
Meluncur dengan mudah di celah-celah gigi
Lembut pada gusi yang sensitif
Sambil membersih jauh ke dalam di celah-celah gigi dan membantu melindungi kesihatan gusi, Flos Pencungkil Gigi GLISTER dapat menggalakkan gusi yang sihat dan meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan apabila digunakan sebagai sebahagian daripada Sistem Penjagaan Mulut GLISTER.
Memberus sahaja tidak mencukupi!
Adakah sistem penjagaan mulut anda menawarkan:
  • Prestasi pembersihan yang rendah, atau
  • Prestasi pembersihan yang tinggi?
Tahukah anda bahawa berus gigi biasa hanya membersihkan permukaan gigi anda tanpa menanggalkan partikel makanan di celah-celah gigi anda?
Gunakan kedua-dua berus gigi dan flos pencungkil gigi anda!
Flos pencungkil gigi mencapai jauh ke dalam ruang antara gigi untuk menanggalkan biofilem di celah-celah gigi. Menggunakan flos pencungkil gigi bersama-sama berus gigi dapat meningkatkan kebersihan mulut anda dengan ketara.
Bahan Gred Makanan yang Diperakui FDA
  • Gentian PE berat molekul sangat tinggi
  • Membersihkan gigi tanpa menyakitkan gusi
  • Mudah untuk dibawa
  • Direka bentuk secara ergonomik
  • Mudah dipegang untuk penggunaan yang selesa
  • Hujung melengkung yang fleksibel boleh digunakan sebagai pencungkil gigi untuk membantu pembersihan

MAKLUMAT LANJUT
CARA GUNA
Produk ini adalah untuk LANGKAH 2: FLOS menurut Sistem Penjagaan Mulut GLISTER.
  • Pegang pemegang dengan kuat, tekan flos perlahan-lahan di celah-celah setiap gigi dan gerakkan flos ke belakang dan ke hadapan.
  • Gerakkan flos ke atas dan ke bawah di sepanjang permukaan gigi.
  • Hujung ekor flos pencungkil boleh digunakan sebagai pencungkil gigi.
PENGGUNA YANG DISASARKAN
Untuk orang dewasa.
NASIHAT / LANGKAH BERJAGA-JAGA
  • Jangan menggunakan flos pencungkil gigi dengan paksa pada gigi dan gusi untuk mengelak kerosakan.
  • Kanak-kanak harus diawasi oleh orang dewasa semasa menggunakan flos pencungkil gigi.
  • Jangan telan.
PENYIMPANAN
Simpan di tempat kering yang sejuk, jauhkan dari sinaran matahari langsung.
KANDUNGAN
Didatangkan dengan 3 kotak polipropilena (PP) setiap set, setiap satu mengandungi 50 batang flos pencungkil gigi (sejumlah 150 batang flos pencungkil gigi setiap pakej)
BAHAN
  • Benang: Polistirena Berimpak Tinggi
  • Pemegang: Polietilena
  • Kotak: Polipropilena