Setiap orang memerlukan zat besi dan asid folik kerana ia adalah faktor penting dalam pembentukan sel darah merah. Nutrilite Iron Folic memberikan anda itu. Ia digunakan sebagai suplemen kesihatan umum.
CIRI NUTRILITEā¢ IRON FOLIC
Satu tablet Folik Zat Besi Nutrilite memberikan 0.133mg asid folik dan 10mg ferus fumarat serta ferus glukonat, dua bentuk zat besi yang bertoleransi dengan baik. Suplemen ini juga mengandungi Pekatan Bayam Nutrilite.
MANFAAT NUTRILITE FOLIK ZAT BESI
Folik Zat Besi Nutrilite memberikan jumlah zat besi dan asid folik yang diperlukan setiap hari oleh tubuh anda. Suplemen ini juga mengandungi sebatian tumbuhan fitonutrien untuk manfaat tambahan.
Cara Mengguna
Ambil satu atau dua tablet dengan sajian.
Maksimum dua tablet sehari.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Tidak sesuai untuk vegetarian. Mengandungi serbuk kulit tiram.
Pengambilan kopi atau teh boleh merencatkan penyerapan zat besi.
Wanita hamil dan menyusui harus minta nasihat doktor sebelum mengguna.
Dos tinggi boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sembelit atau cirit-birit.
Ikuti arahan penggunaan yang disyorkan.
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup penutup dengan ketat dan simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.