4.1 |
Mematuhi Polisi Perniagaan/Pemindaan/Melaksanakan Tanggungjawab dengan Niat Ikhlas:
Pada sepanjang masa, ABO mestilah mematuhi dengan tegas garis panduan, prosedur dan polisi yang dinyatakan dalam Polisi Perniagan Amway yang mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini adalah sebahagian, selain Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, dan, dalam setiap kes, sebarang pemindaan akan dibuat dari masa ke masa. Semua ABO ditugasi melaksanakan tanggungjawab dengan niat ikhlas dan cara perlakuan yang saksama di bawah syarat-syarat Kontrak ABO. |
|
4.1.1 |
Bekerjasama dengan Penyiasatan:
ABO harus bekerjasama dalam mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh Amway terhadap aktiviti-aktiviti yang berkemungkinan melanggar Pemilikan ABOnya atau Pemilikan ABO yang lain. |
|
|
|
4.2 |
Pembelian atau Penjualan/Pembekalan Silang Kumpulan:
ABO tidak seharusnya terlibat dalam pembelian atau penjualan/pembekalan silang kumpulan. “Pembelian dan penjualan/pembekalan silang kumpulan” wujud apabila ABO menjual atau membekal produk dan/atau perkhidmatan yang diedar atau dibekalkan oleh Amway kepada ABO lain yang tidak ditaja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hingga ke Platinum yang seterusnya. |
|
4.2.1 |
ABO mestilah hanya membeli produk dan perkhidmatan Amway dan Bahan Sokongan Perniagaan Amway terus daripada Penajanya, atau Amway. |
4.2.2 |
Seseorang ABO tidak harus menjual atau membekalkan produk dan perkhidmatan Amway kepada ABO lain yang tidak ditaja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hingga ke Platinum yang seterusnya. |
|
|
|
4.3 |
Kedai Runcit: |
|
4.3.1 |
ABO tidak seharusnya membenarkan produk atau perkhidmatan Amway dijual atau diperagakan di institusi runcit yang mana tujuan utamanya ialah menjual produk dan perkhidmatan kepada orang awam, termasuk tetapi tidak terhad kepada tempat-tempat seperti sekolah, pesta, kedai, pasar lambak, tempat lelong, kiosk, laman internet atau pangkalan tentera; beliau juga tidak seharusnya membenarkan mana-mana produk atau perkhidmatan Amway muncul di lokasi-lokasi sedemikian walaupun produk dan perkhidmatan itu bukan untuk dijual. Bahan promosi yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan Amway atau bahan maklumat Amway tidak seharusnya diperagakan di institusi runcit. |
4.3.2 |
ABO tidak dibenarkan, melakukan sendiri atau menggunakan pihak ketiga bukan ABO, untuk menjual atau mempromosikan produk atau perkhidmatan Amway di mana-mana hak milik runcit digital yang tujuan utamanya untuk menjual produk atau perkhidmatan kepada orang awam. Produk atau perkhidmatan Amway tidak dibenarkan untuk muncul dalam hak milik ini walaupun produk atau perkhidmatan tersebut bukan untuk dijual. |
4.3.3 |
ABO yang bekerja di atau memiliki kedai runcit mestilah mengendalikan pemilikan ABOnya secara berasingan daripada kedai runcitnya. ABO sedemikian mestilah mendapatkan pelanggan untuk perniagaan Amwaynya dalam cara yang sama seperti ABO yang tidak mempunyai hubungkait dengan kedai runcit dan sebaliknya mematuhi Peraturan 4.3 ini. Jenis institusi runcit yang lain, yang bukannya kedai secara teknikal, seperti kedai gunting rambut, kedai kecantikan, atau pejabat profesional, dsbnya, begitu juga ia tidak boleh digunakan untuk memperagakan produk Amway, maklumat tentang perkhidmatan Amway, atau bahan-bahan promosi berkaitan dengan produk atau perkhidmatan Amway atau bahan maklumat Amway. |
4.3.4 |
Dalam persekitaran dalam talian, ABO dibenarkan untuk bersosial dan memanfaatkan komuniti dan perniagaan bukan Amway, mempromosikan dan menjual produk Amway, dan mencari kenalan prospek yang diperoleh melalui perniagaan atau komuniti itu, hanya dengan mematuhi Standard Komunikasi Digital. |
|
|
|
4.4 |
Benar dan Tepat:
ABO tidak seharusnya membuat sebarang tawaran untuk menjual mana-mana produk atau perkhidmatan Amway yang tidak tepat dan tidak benar mengenai harga, gred, kualiti, prestasi dan ketersediaannya. ABO tidak seharusnya: |
|
4.4.1 |
Membuat dakwaan produk yang berlebih-lebihan yang tidak dibenarkan oleh Amway berkaitan dengan produk Amway atau produk yang diedarkan oleh Amway; |
4.4.2 |
Dalam apa cara sekalipun, menggambarkan Amway secara tidak betul berkaitan dengan harga, kualiti, standard, gred, kandungan, stail atau model, tempat asal atau ketersediaan produk Amway atau produk yang diedarkan oleh Amway; |
4.4.3 |
Menyatakan bahawa produk Amway atau produk yang diedarkan oleh Amway adalah disokong, diluluskan, atau menunjukkan mana-mana ciri berkaitan hasil, aksesori, kegunaan atau faedah yang tidak dimilikinya, atau |
4.4.4 |
Bertindak atau mempersembahkan dalam apa cara pun Amway, produknya atau produk yang diedarkan oleh Amway dalam cara yang palsu atau mempromosikan produk yang tidak dimiliki oleh Amway seolah-olah ianya benar. |
|
|
|
4.5 |
Pembungkusan semula:
ABO tidak boleh membungkus semula produk, mengubah kandungan produk atau sebaliknya mengubah atau meminda mana-mana label pembungkusan produk atau perkhidmatan Amway. |
|
|
4.6 |
Resit Jualan Bertulis:
ABO yang mengambil dan/atau menghantar pesanan secara peribadi haruslah menghantar kepada pelanggan pada masa jualan, satu pesanan atau resit yang bertulis dan bertarikh yang harus: (a) menerangkan produk(-produk) yang dijual, (b) menyatakan harga yang dikenakan, dan (c) menyatakan nama, alamat, dan nombor telefon ABO yang menjual. |
|
|
4.7 |
Jaminan Kepuasan:
Bila-bila masa pelanggan meminta khidmat Jaminan Kepuasan dalam tempoh jaminan yang dinyatakan, ABO haruslah menawarkan serta-merta pilihannya kepada individu tersebut tentang: (a) bayaran balik penuh; (b) menukarkan dengan produk yang seumpama; atau (c) kredit penuh untuk pembelian produk lain. |
|
4.7.1 |
ABO haruslah memaklumkan Amway mengenai sebarang aduan berkenaan Jaminan Kepuasan daripada pelanggan dan memberi salinan semua surat-menyurat dan butiran tentang semua perbualan mengenai aduan-aduan seperti yang diminta. |
4.7.2 |
ABO tidak diberi kuasa untuk membuat sebarang jenis tawaran atau kompromi atau meletakkan tanggungjawab ke atas Amway atas sebarang aduan atau pemulangan produk. |
4.7.3 |
ABO akan dipertanggungawabkan sepenuhnya terhadap dakwaan-dakwaan yang mereka buat yang melebihi syarat-syarat Jaminan Kepuasan dan haruslah melindungi Amway daripada kesan akibat dakwaan yang dibuat. |
|
|
|
4.8 |
Mematuhi Undang-undang, Peraturan, Kod, dan Keperluan yang Boleh Diguna Pakai:
ABO haruslah mematuhi semua undang-undang, peraturan, kod, dan keperluan yang berkaitan dengan pengendalian Pemilikan ABO mereka di mana sahaja perniagaan mereka dikendalikan. ABO mestilah tidak mengendalikan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan reputasi ABO dan/atau Amway. Apabila diminta, ABO haruslah berterus-terang dalam memberi sebarang maklumat yang diminta tentang aktiviti-aktiviti ABO atau mana-mana aktiviti lain yang diketahui oleh ABO (walaupun mengenai ABO lain). Dalam semua komunikasi dengan Amway, ABO haruslah bertindak dengan benar-benar jujur dan ikhlas. |
|
4.8.1 |
ABO hendaklah menyediakan apa-apa dan semua maklumat atau dokumen yang Amway fikirkan perlu bagi tujuan pematuhan kepada sebarang undang-undang, peraturan, kod dan keperluan kawal selia yang berkenaan. Ini mungkin termasuk tanpa had, butiran pengenalan peribadi, maklumat akaun bank/maklumat pembayaran, nombor pengenalan cukai dan lain-lain bentuk dokumentasi atau maklumat. |
4.8.2 |
ABO hendaklah bekerjasama dengan Amway secara terus terang. Jika ABO gagal menyediakan maklumat atau dokumen yang diperlukan, Amway berhak untuk mengambil sebarang langkah atau sekatan yang difikirkan sesuai mengikut budi bicara mutlaknya bagi memastikan pematuhan tanggungjawab ini. Ini mungkin termasuk tanpa had, penahanan bonus dan/atau pembayaran lain. |
|
|
|
4.9 |
Amalan Perdagangan yang Mengelirukan atau Menyalahi Undang-undang:
ABO tidak seharusnya terlibat dalam amalan perdagangan yang mengelirukan atau menyalahi undang-undang. |
|
4.9.1 |
ABO tidak seharusnya terlibat dalam dan/ atau mempromosikan sebarang program yang memerlukan sekumpulan peserta melanggan dan/atau menyumbang wang pada selang masa yang tetap ke dana bersama untuk tujuan utama membeli produk Amway, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan dana kutu. |
|
|
|
4.10 |
Perusahaan atau Aktiviti Perniagaan yang Menyalahi Undang-undang:
ABO tidak seharusnya mengendalikan sebarang perusahaan perniagaan yang menyalahi undang-undang, melibatkan diri atau menyertai sebarang aktiviti perniagaan haram atau menyalahi undang-undang. |
|
|
|
|
|
|
4.11 |
Profesionalisme:
ABO haruslah sentiasa menjaga tingkah lakunya, berbudi bahasa dan bertimbang rasa serta tidak harus terlibat dalam sebarang taktik bertekanan tinggi, tetapi harus membuat pernyataan yang saksama tentang produk atau perkhidmatan Amway, atau Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, bila dan di mana perlu. |
|
|
4.12 |
Hubungan ABO:
ABO tidak seharusnya menggambarkan bahawa beliau mempunyai hubungan pekerjaan dengan Amway atau mana-mana syarikat gabungannya dan/atau ABO lain. |
|
4.12.1 |
ABO tidak seharusnya memberi gambaran yang palsu tentang sifat hubungan antara Amway dan ABOnya, atau membuat sebarang gambaran, kecuali sejajar dengan penjelasan yang diberikan dalam Manual Perniagaan Amway dan Polisi Perniagaan Amway atau bahan maklumat rasmi Amway yang lain. ABO dikehendaki melindungi Amway daripada kos, kerosakan atau prejudis yang berpunca daripada gambaran palsu sedemikian, termasuk mana-mana yuran undang-undang Amway yang mungkin telah dikenakan. |
4.12.2 |
ABO tidak seharusnya membayangkan bahawa mereka adalah kakitangan Amway mahupun merujuk diri mereka sebagai “agen”, “pengurus,” atau “wakil syarikat”, mahupun menggunakan istilah atau frasa deskriptif pada alat tulis atau bahan-bahan bercetak mereka yang lain. |
4.12.3 |
ABO tidak boleh menggunakan kad perniagaan mereka untuk menimbulkan tanggapan bahawa mereka mempunyai hubungan pekerjaan dengan Amway. |
|
|
|
4.13 |
Francais dan Wilayah:
ABO tidak seharusnya menggambarkan kepada sesiapa bahawa terdapat francais atau wilayah yang eksklusif ditawarkan di bawah Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. |
|
|
4.14 |
Aktiviti/Penjualan yang Lain:
Melainkan seperti yang terdapat dalam Standard Komunikasi Digital, ABO tidak boleh mengambil kesempatan daripada pengetahuan mereka tentang atau hubungan dengan ABO lain, termasuk pengetahuan mereka hasil daripada atau berkaitan dengan Barisan Penajaan, bagi mempromosikan dan mengembangkan usaha niaga yang lain. Tingkah laku sedemikian merupakan gangguan yang tidak wajar dan tidak munasabah terhadap kontrak perniagaan ABO lain dan Amway. |
|
4.14.1 |
ABO tidak seharusnya mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, ABO lain untuk membeli, menawarkan untuk menjual, atau mempromosikan produk, perkhidmatan, atau peluang perniagaan lain yang tidak ditawarkan atau dipasarkan oleh Amway. Peraturan ini juga diguna pakai ke atas pelaburan, sekuriti dan pinjaman, tanpa mengira sumbernya. |
4.14.2 |
ABO tidak seharusnya menjual, menawarkan untuk menjual, atau mempromosikan mana-mana peluang perniagaan, produk atau perkhidmatan lain berkaitan dengan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. |
|
|
|
4.15 |
Gangguan dalam Pemilikan ABO yang lain; Pendorong:
Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway untuk ABO: |
|
4.15.1 |
Mengganggu atau cuba untuk mengganggu Pemilikan ABO yang lain; atau |
4.15.2 |
Mendorong atau cuba untuk mendorong ABO lain menukar Barisan Penajaannya, untuk bertukar atau meninggalkan Pemilikan ABOnya atau untuk menaja atau tidak menaja Prospek tertentu; atau |
4.15.3 |
Mendorong atau cuba untuk mendorong ABO lain untuk tidak memberikan latihan, pendidikan, motivasi atau sokongan lain kepada ABO bawahan; atau |
4.15.4 |
Mendorong atau cuba untuk mendorong ABO lain untuk melanggar mana-mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway. |
4.15.5 |
Mempromosikan acara di luar kumpulan atau organisasinya tanpa keizinan bertulis daripada ABO atasan Platinum dan Intan terdekatnya dan juga Platinum dan Intan kumpulan atau organisasi lain di mana acara itu dipromosikan. Pemimpin harus memastikan promosi acara, jika ada, adalah dalam lingkungan organisasi mereka sendiri sahaja kecuali memperoleh keizinan yang diperlukan. |
|
|
|
4.16 |
Mengeksport Produk Amway:
ABO tidak boleh mengeksport atau mengimport, atau menjual kepada sesiapa yang mengimport atau mengeksport, produk Amway dari negara lain yang mana Amway telah mewujudkan operasinya, ke dalam mana-mana negara tanpa mengira sama ada Amway menjalankan perniagaan atau tidak di negara tersebut. ABO boleh membawa produk Amway keluar sempadan untuk kegunaan peribadi, dengan batasan berikut: |
|
4.16.1 |
ABO melawat negara lain dan secara peribadi membuat pesanan produk di negara tersebut. |
4.16.2 |
ABO secara fizikal mengambil/menerima produk di satu negara dan secara peribadi membawa produk tersebut ke negara lain. Tidak ada kurier, syarikat perkapalan atau pengangkut barang yang terlibat. |
4.16.3 |
Jika ABO mempunyai Perniagaan Berbilang di negara yang dilawati, pesanan itu tidak boleh dibuat sebagai pesanan pelanggan untuk pelanggan luar negara. |
4.16.4 |
Produk itu hanya untuk kegunaan peribadi ABO. |
4.16.5 |
Produk itu tidak boleh dijual semula, diedarkan, atau diberikan dalam apa jua keadaan. |
4.16.6 |
Produk yang dipesan mestilah tidak boleh didapati di pasaran tempatan ABO. |
4.16.7 |
Barangan tahan lama (contohnya sistem rawatan air, sistem rawatan udara) tidak boleh dibawa dari satu pasaran ke pasaran yang lain dalam apa jua keadaan. |
4.16.8 |
Pesanan ABO mestilah tidak melebihi jumlah produk yang munasabah; di bawah US$1,000.00 setiap tahun, tidak termasuk sebarang produk yang mungkin dibeli dan dibawa sendiri ketika menghadiri Seminar Kepimpinan di pasaran lain. Pengecualian kegunaan peribadi ini terhad pada jumlah produk yang munasabah: di bawah US$1,000 setiap tahun, tidak termasuk sebarang produk yang mungkin dibeli dan dibawa sendiri ketika menyertai lawatan insentif di pasaran lain, sama ada produk tersebut mempunyai PV/BV atau tidak. |
4.16.9 |
Pengecualian kegunaan peribadi tidak boleh digunakan sebagai strategi pembangunan perniagaan. |
|
|
|
4.17 |
Peraturan Usaha Runcit:
Amway membayar bonus di bawah Pelan Penjualan & Pemasaran Amway berdasarkan jualan kepada pengguna akhir. Untuk ABO layak mendapat bonus dan/atau kelayakan di bawah Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, pembelian ABO itu mestilah digunakan atau dijual kepada pengguna akhir dalam tempoh yang munasabah seperti yang ditentukan oleh Amway. Amway berhak untuk menidakkan semua kelayakan, anugerah dan ganjaran jika dalam pertimbangan Amway, pembelian ABO itu tidak mematuhi peraturan ini. |
|
4.17.1 |
Amway tidak memerlukan penyimpanan stok atau pembelian inventori. ABO tidak boleh membeli atau menasihati ABO lain untuk membeli produk bagi sebarang tujuan selain daripada peruntukan produk sedemikian kepada pengguna akhir. |
|
|
|
4.18 |
Komunikasi Digital:
Komunikasi Digital seperti yang diguna dalam Peraturan ini bermaksud penghantaran teks, data, imej, video, suara dan maklumat lain secara elektronik (umumnya menggunakan komputer atau peranti mudah alih) termasuk, tanpa had, sebarang siaran atau penerbitan yang dibuat dalam ruang digital termasuk e-mel, video, penstriman langsung, podcast, post blog, aplikasi mudah alih (apps), pengiklanan, forum, laman web, dan melalui sebarang media sosial atau platform mesej, contohnya Facebook®, Instagram®, Line®, Snapchat®, Telegram®, Twitter®, WeChat®, WhatsApp® atau YouTube®.
Peraturan itu berkaitan dengan Komunikasi Digital ABO berkenaan Amway, Peluang Perniagaan Amway, produk dan perkhidmatan Amway (secara langsung atau tidak langsung), atau apabila komunikasi digital membentuk sebagai BSM sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan dan Polisi BSM. Oleh kerana ruang digital adalah unik, Amway telah mewujudkan Standard Komunikasi Digital (DCS) untuk memastikan bahawa Komunikasi Digital ABO adalah selaras dengan Peraturan tersebut. DCS digabungkan dan menjadi sebahagian daripada Peraturan ini, dan ABO mestilah mematuhi DCS tersebut. Satu salinan DCS yang diguna pakai pada masa ini boleh diminta daripada Amway. |
|
|
4.19 |
Penubuhan Tabung:
ABO tidak seharusnya menggunakan produk Amway bersama dengan sebarang jenis aktiviti penubuhan tabung. Penubuhan tabung termasuklah tetapi tidak terhad kepada kegiatan mendapatkan pembelian produk atau perkhidmatan Amway berdasarkan gambaran bahawa kesemua itu, atau sebahagian daripada perolehan, hasil, bonus atau keuntungan yang dihasilkan oleh jualan sedemikian akan memberi faedah kepada kumpulan, organisasi atau tujuan tertentu. |
|
|
4.20 |
Manipulasi Pelan Penjualan & Pemasaran Amway:
ABO tidak seharusnya memanipulasi Pelan Penjualan & Pemasaran Amway atau jumlah anugerah dalam apa sahaja cara yang mengakibatkan pembayaran Bonus atau anugerah lain dan pengiktirafan yang tidak diperoleh menurut syarat-syarat Pelan Penjualan & Pemasaran Amway dan/atau Manual Perniagaan Amway. Dalam hal ini, penstrukturan strategik dan buatan Barisan Penajaan Amway bagi tujuan membina kedalaman, sama ada terdapat atau tidak hubungan antara mereka yang ditaja dan mereka yang menaja, adalah dianggap sebagai manipulasi dan amalan perniagaan yang tidak boleh diterima. Amway mengikut budi bicaranya yang mutlak akan menentukan apa yang dikatakan sebagai manipulasi Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. |
|
|
4.21 |
Pengemaskinian Maklumat Peribadi/Perniagaan:
Semua ABO bertanggungjawab untuk menyampaikan sebarang pengemaskinian atau perubahan terhadap maklumat peribadi mereka (contohnya, nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, status perkahwinan, dsbnya) atau maklumat perniagaan (contohnya, perubahan status perniagaan, dsbnya) kepada Amway. |
|
4.21.1 |
Maklumat Tambahan: ABO hendaklah menyediakan apa-apa dan semua maklumat yang dikehendaki oleh Amway. Ini mungkin termasuk tanpa had, butiran pengenalan peribadi, maklumat akaun bank/pembayaran, nombor pengenalan cukai dan lain-lain bentuk dokumentasi atau maklumat bagi tujuan pematuhan mana-mana undang-undang, peraturan, kod dan keperluan kawal selia yang berkenaan yang mungkin diperlukan dari semasa ke semasa. |
|
|
|
4.22 |
Maklumat Proprietari:
Selain peruntukan yang terkandung dalam Seksyen 9 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, berkaitan dengan penggunaan nama dagang, cap dagang dan bahan-bahan berhak cipta Amway, maklumat perniagaan yang sulit dan proprietari termasuk, sebagai contoh dan tanpa had, maklumat Barisan Penajaan (iaitu, maklumat yang dikumpul oleh Amway yang mendedahkan atau berkaitan dengan semua atau sebahagian daripada susunan penajaan yang khusus dalam perniagaan Amway, termasuk, tanpa had, senarai ABO, salasilah penajaan, dan semua ABO atau maklumat perniagaan Amway yang dihasilkan dari sana, dalam bentuk masa kini dan masa depan), maklumat perniagaan, pengilangan dan pelan pembangunan produk, pelan perniagaan, dan jualan ABO, perolehan dan maklumat kewangan yang lain, dsbnya., merupakan rahsia perdagangan proprietari dan rahsia perniagaan Amway yang menguntungkan secara komersial, unik dan yang ia memastikannya kekal proprietari dan sulit dan menganggapnya sebagai rahsia perdagangan dan rahsia perniagaan dan merupakan “Maklumat Proprietari” tertakluk kepada Kontrak ABO. |
|
4.22.1 |
Amway adalah pemilik eksklusif semua Maklumat Proprietari, yang diperoleh, dikumpul, disusun dan disenggarakan oleh Amway. ABO mengakui semua Maklumat Proprietari adalah dimiliki oleh Amway melalui penggunaan usaha masa dan sumber yang banyak. |
4.22.2 |
ABO diberikan hak peribadi, tidak eksklusif, tidak boleh dipindahkan dan boleh batal oleh Amway untuk mengguna Maklumat Proprietari hanya bila perlu untuk memudahkan Perniagaan Amway mereka seperti yang dipertimbangkan di bawah Peraturan Tatacara & Tingkah Laku termasuklah, contohnya, Polisi Kerahsiaan dan terma dan syarat yang lain bagi Kontrak ABO. Amway berhak untuk menafikan atau memansuhkan hak ini, selepas notis yang munasabah kepada ABO yang menyatakan sebab(-sebab) bagi penafian atau pemansuhan sedemikian, bila-bila masa, mengikut pendapat Amway yang wajar, yang mana adalah perlu untuk melindungi kerahsiaan atau nilai Maklumat Proprietari. |
4.22.3 |
Semua ABO haruslah mengekalkan Maklumat Proprietari dengan penuh kerahsiaan dan haruslah mengambil semua langkah yang wajar dan tindakan yang sepatutnya untuk melindungi Maklumat Proprietari dan mengekalkan kerahsiaannya. |
4.22.4 |
ABO tidak seharusnya mengumpul, menyusun, mengakses, mewujudkan senarai, atau sebaliknya menggunakan atau mendedahkan Maklumat Proprietari kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Amway. Seseorang ABO tidak seharusnya mendedahkan Maklumat Proprietari kepada mana-mana pihak ketiga, atau menggunakan Maklumat Proprietari berkaitan dengan mana-mana perniagaan lain. |
4.22.5 |
Penggunaan atau pendedahan Maklumat Proprietari, selain daripada seperti yang dibenarkan oleh Amway, boleh menyebabkan bahaya yang ketara dan tidak boleh dibaiki kepada Amway, dan Amway boleh menuntut pampasan yang sewajarnya atas kerosakan dan meminta ABO menahan diri daripada tingkah laku yang berbahaya serta mendapatkan sebarang remedi yang lain di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai. |
4.22.6 |
Sekiranya berlaku pendedahan Maklumat Proprietari, secara sukarela atau tidak, oleh seorang ABO kepada mana-mana pihak ketiga, ABO tersebut haruslah serta-merta memaklumkan Amway tentang kenyataan itu dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi (a) mencegah pendedahan seterusnya oleh pihak ketiga dan (b) mewajibkan pihak ketiga untuk menandatangani perjanjian kerahsiaan dan tiada pendedahan untuk faedah Amway dan di bawah syarat-syarat yang tidak kurang ketatnya, seperti yang diberikan dalam Seksyen 4.22. |
4.22.7 |
ABO haruslah mengembalikan dengan segera sebarang dan semua Maklumat Proprietari atau mana-mana naskhah yang sama kepada Amway apabila berhenti menjadi ABO, tamat tempoh, gagal untuk memperbaharui, penolakan pelanjutan atau penamatan Pemilikan ABOnya dan haruslah menahan diri daripada sebarang penggunaan seterusnya. |
4.22.8 |
Kewajiban kerahsiaan yang dinyatakan dalam Seksyen 4.22 ini haruslah bertahan semasa tempoh Kontrak ABO dan juga selepas tarikh tamat tempohnya atau penamatan oleh sebarang sebab. |
|
|
|
4.23 |
Peraturan Penyampaian:
Kandungan penyampaian yang termasuk atau menyokong promosi penjualan produk dan perkhidmatan Amway atau Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, mestilah sebaliknya mematuhi yang berikut: |
|
|
|
4.23.1 |
ABO tidak seharusnya: |
|
a) |
melebih-lebihkan gambaran pendapatan dengan mengaitkannya dengan atau menggabungkannya dengan pendapatan lain dan menyatakan bahawa ia adalah hasil membina perniagaan Amway; |
b) |
menggantikan identiti kumpulan atau organisasi bukan Amway dengan perniagaan Amway. Perniagaan Amway mestilah sentiasa dikenali dengan jelas tanpa sebarang keraguan kepada para peserta semasa penyampaian tersebut; |
c) |
menyokong, membayangkan atau memberikan tanggapan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan mempromosikan penggunaan peribadi tanpa keperluan untuk menjual atau mempromosikan penggunaan produk dan/atau dakwaan yang tidak sesuai; |
d) |
mempromosikan Barisan Penajaan seseorang, syarikat gabungan atau kumpulan dalam apa jua cara yang akan menyebabkan atau berkemungkinan menimbulkan kemarahan atau menjejaskan orang lain; |
e) |
menyalahgambarkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dan melalui apa jua cara hubungan ABO dengan Amway contohnya, menyatakan atau menggambarkan Amway “hanya pembekal”, atau bahawa ABO mewakili peluang perniagaan yang mana “Amway adalah sebahagian”, atau bahawa ABO “menyumberluar” sokongan pentadbiran kepada Amway, dsbnya.; |
f) |
mempromosikan mana-mana peluang perniagaan selain daripada Perniagaan Amway atau memujuk mana-mana peserta untuk menghadiri mesyuarat bagi tujuan menyampaikan peluang perniagaan lain pada bila-bila masa; atau, |
g) |
menggunakan mesyuarat sebagai platform untuk mempromosikan atau menyokong kepercayaan agama, politik dan/atau sosial yang bersifat peribadi. |
|
|
|
4.23.2 |
Pemikiran peribadi terhadap yang berikut adalah tidak wajar: |
|
a) |
isu sosial dan budaya; |
b) |
kecenderungan berkenaan pandangan politik, parti, calon atau pegawai yang dilantik secara khusus. |
|
|
|
4.23.3 |
Perbincangan mestilah hanya berkaitan dengan etika dan sikap positif yang akan membantu dan menggalakkan ABO dan produk, perkhidmatan dan perniagaan Amway. |
4.23.4 |
Gambaran pendapatan, sama ada secara langsung atau tersirat, mestilah menggambarkan potensi pendapatan yang realistik daripada penyertaan dalam Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. |
4.23.5 |
Kenyataan ABO tentang Peluang Perniagaan Amway dan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway mestilah benar, tepat dan tidak mengelirukan serta harus dibuat mengikut QAS dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini. |
|
|
|
4.24 |
Aktiviti Di Luar Malaysia/Brunei atau Aktiviti Di Luar Pasaran Di Mana ABO Didaftarkan:
ABO yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan Amway di luar bidang kuasa Malaysia/Brunei mestilah berbuat demikian dalam cara yang mematuhi apa yang tersurat dan tersirat dalam undang-undang, peraturan, polisi dan prosedur syarikat gabungan Amway yang diguna pakai dalam bidang kuasa itu, tanpa mengira sama mereka adalah ABO berdaftar dalam bidang kuasa itu. Kegagalan berbuat demikian adalah dianggap melanggar Kontrak ABO. |
|
|
4.25 |
Pengiklanan:
ABO tidak boleh membentangkan Pelan Perniagaan Amway atau mendapatkan penyertaan dalam Pelan Perniagaan Amway melalui sebarang kaedah komunikasi penyiaran yang termasuk pengeposan secara besar-besaran, telepemasaran, pengiklanan dalam negara atau antarabangsa, radio, televisyen, perkhidmatan faksimili atau sebarang cara lain yang mana hubungan peribadi dengan Prospek tidak wujud. Pengiklanan dibenarkan dalam konteks yang terhad seperti yang diterangkan dalam Standard Komunikasi Digital. |
|
|